Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Sunday, December 11, 2011

SENARAI PENUH PEMAIN SKUAD KEDAH FA 2012 | KEDAH MERENDAH DIRI


PASUKAN Kedah yang dibentuk menerusi gandingan muka baharu, pemain berpengalaman dan import sekadar meletakkan sasaran sederhana bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Skuad Kenari yang disertai sembilan muka baharu termasuk dua pemain import dari Brazil berhasrat memenuhi impian peminat setia mereka meraih tiga piala, namun perlu lebih realistik dengan saingan hebat pasukan lain.

Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib, sasaran piala bagi musim depan diserahkan kepada peminat Hijau Kuning menetapkannya dan yang pasti mereka mahu semua piala.

“Setiap pasukan mengimpikan piala sama, namun sekiranya dapat merangkul kesemuannya ia bonus dan jika satu piala berjaya dimenangi ia sudah memadai,” katanya pada majlis memperkenalkan pemain baharu di Sri Mentaloon, Alor Setar semalam.

Hadir sama ketua jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan dan ketua jurulatih Piala Presiden, Mohd. Nidzam Adzha Yusof.

Namun, sebelum menempuh saingan baharu, Kedah bakal kehilangan pembimbing berikutan penggantungan tujuh perlawanan ke atas Wan Jamak dan empat perlawanan bagi penolong jurulatih, Radzi Mat Din dan jurulatih penjaga gol, Ahmad Sobri Ismail.

Wan Jamak didakwa mengkritik mutu pengadilan ketika Kedah seri 1-1 dalam aksi menentang Perak pada perlawanan terakhir Kumpulan A saingan Piala Malaysia, 28 September lalu.

Bagi Hamdan, isu ini merumitkan pengurusan Kedah, namun pihaknya mempunyai satu sistem bagi memastikan persiapan pasukan tidak terjejas.

Katanya, sepanjang penggantungan itu, tugas Wan Jamak akan di- ambil alih Mohd. Nidzam bagi mengharungi tempoh sebulan tersebut.

“Dalam tempoh itu, sebagai ketua jurulatih, Mohd. Nidzam akan membimbing kedua-dua pasukan sekali gus iaitu skuad utama dan Piala Presiden.

“Ini dilihat baik untuk pasukan kerana Kedah mempunyai banyak pi- lihan pemain selain fokus Mohd. Nidzam selepas ini adalah mencungkil bakat baharu untuk diserap ke dalam pasukan utama,” katanya.

Skuad Kenari membariskan tujuh muka baharu iaitu dua bekas pemain Perlis, Azmizi Azmi dan Mohd. Sany Mat Isa, selain Mohd. Bashahrul Abu Bakar yang kesemuanya merupakan pemain pertahanan.

Tiga muka baharu lain yang merupakan pemain tengah ialah See Kok Luen (Kuala Lumpur), Mohd. Kamal Azira Abdul Manah (Universiti Sains Malaysia) dan Ahmad Basri Abdul Wahid selain bekas penyerang Pulau Pinang, Abdul Latiff Suhaimi.

Dua pemain import yang berasal dari Brazil pula ialah Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo merupakan pertahanan yang sebelum ini mewakili kelab Brothers Union FC (Bangladesh) dan pemain tengah, Daniel Soares Neves atau Baroni yang mewakili Cruzeiro E. Clube di Brazil.

Skuad Kenari turut mengekalkan pemain berharga mereka, Baddrol Bakhtiar yang mengetuai Harimau Muda menjuarai acara bola sepak Sukan SEA di Indonesia baru-baru ini selain penyerang, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri, Mohd. Faizal Abu Bakar, Amar Rohidan dan V. Thirumurugan.

Pemain lain ialah pertahanan kental, Mohd. Sabree Mat Abu, Mohd. Fauzie Nan dan Khairul Helmi Johari serta tiga penjaga gol, Mohd. Helmi Eliza Elias, Abdul Hadi Abdul Hamid dan Mohamad Muhaimin Mohamad.

2 comments:

Anonymous said...

negeri sapa ntah neyh , hehehe !

negeri alia jgk :D

mankete said...

yer negeri kedah yg aman :)

LIVE STREAM FOOTBALL