Anelka, 32, dikatakan bersetuju menerima tawaran itu selepas sering diketepikan pengurus The Blues, Andre Villas-Boas dalam skuad utama Chelsea.
Namun, kebimbangan bekas penyerang Liverpool dan Real Madrid itu berakhir selepas bersetuju dengan kontrak selama dua tahun bersama juara Liga Super China apabila menikmati gaji bernilai £200,000 (kira-kira RM992,436) seminggu.
Shanghai bakal menjadi kelab kesembilan yang diwakili Anelka dalam karier bola sepaknya.
Villas-Boas yang bakal kehilangan Anelka, juga tidak dapat menggunakan khidmat Didier Drogba dan Salomon Kalou kerana mereka akan beraksi bersama Ivory Coast bagi menghadapi Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika, bulan depan.
Namun, Villas-Boas berkata: "Kami masih memiliki Fernando Torres, Daniel Sturridge dan Romelu Lukaku. Jadi, itu sudah mencukupi.
No comments:
Post a Comment