Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Showing posts with label kelayakan olimpik 2012. Show all posts
Showing posts with label kelayakan olimpik 2012. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

MISI NAZMI KALAHKAN SAMURAI


BINTANG muda bola sepak negara, Muhd. Nazmi Faiz Mansor berazam mahu mengubati kekecewaan tewas 2-3 kepada Bahrain dalam aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia apabila bertemu Jepun pada Februari tahun depan.

Tanpa berselindung, pemain yang berusia 17 tahun itu mahu tampil dengan aksi yang lebih cemerlang apabila berhadapan ancaman 'samurai biru' sebagaimana dia membantu pasukannya membuka jaringan pertama untuk Harimau Muda pada aksi dengan Bahrain minggu lepas.

Nazmi yang meledak gol dari jarak 20 meter pada perlawanan tersebut, mengakui kemenangan terhadap Jepun merupakan penawar mujarab bagi dirinya meskipun menyedari usaha untuk mengutip tiga mata menentang skuad kendalian Takashi Sekizuka itu agak sukar.

"Memang tidak dapat dinafikan saya kecewa dengan kekalahan ke atas Bahrain itu ketika kami dilihat selesa mendahului dua gol.

"Lebih perit, saya gagal beraksi selama 90 minit ekoran kekejangan otot dan tidak mampu membantu negara untuk mengekalkan keputusan perlawanan tersebut sebelum dibolosi tiga gol dalam masa yang agak singkat," katanya ketika ditemui Kosmo! di Festival City Kuala Lumpur, Danau Kota semalam.

Ditanya mengenai 'penyakit misteri' yang dihadapinya, pemain yang berasal dari Lembah Keramat itu menegaskan ia bukan satu penyakit yang serius.

Nazmi menambah dengan kerjasama daripada pihak Institut Sukan Negara (ISN) dia yakin masalah itu dapat diatasi sebelum dia berlepas ke Australia pada 10 Disember ini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk ISN untuk membantu merawat masalah kekejangan otot yang saya alami.

"Ia satu petanda positif untuk memenuhi hasrat saya beraksi sepenuh masa dan mahu membantu Harimau Muda pada perlawanan persahabatan menentang tiga kelab elit Australia minggu depan," jelasnya.

Tambah anak didik Ong Kim Swee itu, dia akan memanfaatkan pengalaman yang bakal diperoleh di 'bumi kangaroo' sebagai bekalan untuk menentang Jepun.

"Kekalahan 0-2 ketika menentang Jepun sebelum ini, saya dapat rasakan bahawa kami seperti dipermainkan di sana," ujarnya.

sumber : kosmo

Wednesday, September 21, 2011

MISI KELAYAKAN OLIMPIK BERMULA | MALAYSIA VS JEPUN 21 SEPTEMBER 2011

Is too long in fact stage the Olympics is not reachable by national football squad.

During the period of 39 years ago, the faces of football fans loved the jersey Malaysia regularly alternating, but not quite able to repeat the achievement of the national team qualified to play in the 1972 Olympics in Munich, Germany.

Although still eligible to play in the 1980 Olympics in Moscow, Russia, but the Malaysian government to boycott the Games in protest at the Soviet Union invasion of Afghanistan.

Since then, all sorts of accusations against the players had received the Malayan tiger is not enough to shine on the international stage.

Today, the starting point of the Malayan Tiger squad on a mission to hunt the Olympic slot when they face Japan in the opening Group C action, the final round of Asian Zone Qualifying 2012 Olympic Stadium Tosu, Fukuoka 8 pm (7 pm Malaysian time).


------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayuh bangkit la pemain Malaysia, tunjukkan di mata dunia kita juga mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Marilah kita seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan padu pada skuad Olimpik negara kita.

KEPUTUSAN MALAYSIA TEWAS 0-2 PADA JEPUN. Tapi pemain Malaysia telah menunjukkan semangat juang yg tinggi. Mungkin bila bermain di laman sendiri , kita akan dapat buat lebih baik lagi.

Siaran langsung jam 7 Mlm ini di TV2, Astro Arena 801

source : kosmo

LIVE STREAM FOOTBALL