Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Showing posts with label gambar nazmi faiz mansor. Show all posts
Showing posts with label gambar nazmi faiz mansor. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

NAZMI BAKAL SERTAI CARDIFF CITY SETAHUN

NAZMI BAKAL SERTAI CARDIFF CITY SETAHUN | NAZMI FAIZ MENJALANI LATIHAN DI CARDIFF CITY SELAMA SETAHUN

Nazmi Faiz bakal berlatih di Cardiff City setelah kelab Cardiff City itu menawarkan sesi latihan dan percubaan kepada Nazmi Faiz dalam tempoh setahun.

Pengurus Cardiff City, Malky Mackay baru sahaja pulang dari Malaysia setelah mengadakan perbincangan untuk membawa Nazmi Faiz (17 tahun) ke Cardiff.

Sebelum ini Cardiff City telah menawarkan Safee Sali dan Safiq Rahim menjalani percubaan di Cardiff namun malangnya kedua-dua mereka tidak terpilih atas faktor usia dan permit kerja.

Untuk bermain di Eropah, pemain perlu menjalani latihan beberapa tahun di Eropah untuk menyesuaikan diri dan mempelajari aspek fizikal, nutrisi dan kecergasan.
Oleh itu pemain muda seperti Nazmi faiz biasanya akan diberi peluang menjalani latihan.

Bakat Nazmi Faiz semakin menyinar selepas membantu skuad sukan Sea memenangi emas di Jakarta. Akademi Cardiff City telah berjaya melahirkan pemain-pemain berbakat contohnya seperti Aaron Ramsey yang kini mewakili kelab gergasi Arsenal.

Di harap bakat Nazmi akan terus berkembang di sana dan mengharumkan nama negara sebagai permain bola sepak bertaraf antarabangsa suatu hari nanti.

Saturday, December 3, 2011

MISI NAZMI KALAHKAN SAMURAI


BINTANG muda bola sepak negara, Muhd. Nazmi Faiz Mansor berazam mahu mengubati kekecewaan tewas 2-3 kepada Bahrain dalam aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia apabila bertemu Jepun pada Februari tahun depan.

Tanpa berselindung, pemain yang berusia 17 tahun itu mahu tampil dengan aksi yang lebih cemerlang apabila berhadapan ancaman 'samurai biru' sebagaimana dia membantu pasukannya membuka jaringan pertama untuk Harimau Muda pada aksi dengan Bahrain minggu lepas.

Nazmi yang meledak gol dari jarak 20 meter pada perlawanan tersebut, mengakui kemenangan terhadap Jepun merupakan penawar mujarab bagi dirinya meskipun menyedari usaha untuk mengutip tiga mata menentang skuad kendalian Takashi Sekizuka itu agak sukar.

"Memang tidak dapat dinafikan saya kecewa dengan kekalahan ke atas Bahrain itu ketika kami dilihat selesa mendahului dua gol.

"Lebih perit, saya gagal beraksi selama 90 minit ekoran kekejangan otot dan tidak mampu membantu negara untuk mengekalkan keputusan perlawanan tersebut sebelum dibolosi tiga gol dalam masa yang agak singkat," katanya ketika ditemui Kosmo! di Festival City Kuala Lumpur, Danau Kota semalam.

Ditanya mengenai 'penyakit misteri' yang dihadapinya, pemain yang berasal dari Lembah Keramat itu menegaskan ia bukan satu penyakit yang serius.

Nazmi menambah dengan kerjasama daripada pihak Institut Sukan Negara (ISN) dia yakin masalah itu dapat diatasi sebelum dia berlepas ke Australia pada 10 Disember ini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk ISN untuk membantu merawat masalah kekejangan otot yang saya alami.

"Ia satu petanda positif untuk memenuhi hasrat saya beraksi sepenuh masa dan mahu membantu Harimau Muda pada perlawanan persahabatan menentang tiga kelab elit Australia minggu depan," jelasnya.

Tambah anak didik Ong Kim Swee itu, dia akan memanfaatkan pengalaman yang bakal diperoleh di 'bumi kangaroo' sebagai bekalan untuk menentang Jepun.

"Kekalahan 0-2 ketika menentang Jepun sebelum ini, saya dapat rasakan bahawa kami seperti dipermainkan di sana," ujarnya.

sumber : kosmo

LIVE STREAM FOOTBALL