Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Showing posts with label tarikh akhir daftar pemain import liga super. Show all posts
Showing posts with label tarikh akhir daftar pemain import liga super. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

Persatuan Negeri Dan Kelab Masih Ada Peluang Kedua Daftar Pemain Impor


Persatuan bola sepak negeri dan kelab yang tidak sempat mendaftarkan pemain import dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga tarikh akhir Khamis untuk beraksi dalam Liga Malaysia musim depan, masih boleh melakukannya pada 2 April depan.

Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pasukan bola sepak negeri dan kelab tidak perlu terburu-buru untuk melakukan pendaftaran pemain import bagi mengelak berlakunya kesilapan dalam pemilihan pemain.

"Adalah lebih elok jika mereka berhati-hati daripada berhadapan dengan risiko tersalah memilih pemain kerana pengambilan pemain import membabitkan kos yang agak tinggi," katanya di sini pada Rabu.

Hamidin berkata semua pasukan yang akan beraksi pada Liga Malaysia pada musim 2012 telah selesai melakukan pendaftaran bagi pemain tempatan cuma beberapa pasukan yang belum mendaftarkan pemain import.

Katanya peluang kedua untuk membuat pendaftaran pemain import boleh dilakukan pada 2 April itu secara talian melalui "Transfer Matching System" (TMS) yang diperkenalkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Buat masa sekarang FIFA menutup seketika pendaftaran TMS dan akan membuka kembali pada 2 April nanti... persatuan dan kelab boleh membuat pendaftaran pada tarikh tersebut," katanya.

Sistem Transfer Matching System (TMS) diperkenalkan FIFA pada Febuari 2008 bagi melicinkan proses pemindahan pemain yang melibatkan 4,600 kelab dan persatuan bola sepak di seluruh dunia.

Saingan Liga Super dan Liga Perdana musim baru 2012 dijadualkan bermula pada awal Januari depan.

-- BERNAMA

Wednesday, December 7, 2011

FAM TIDAK LANJUT TARIKH DAFTAR PEMAIN

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan memanjang tempoh pendaftaran pemain untuk Liga Super musim depan, yang tempoh pendaftaran tamat Khamis ini, kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Beliau berkata kalau dilanjutkan, ia akan memberi masalah kepada pihak sekretariat untuk menentukan jadual perlawanan, penyediaan pengadil perlawanan, kad akreditasi dan sebagainya.

Katanya FAM telah banyak memberi peluang kepada pasukan untuk menyiapkan pasukan masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan.

"Kita lebih perlu untuk meningkatkan serta memartabatkan profesionalisme kita dari segi pengurusan persatuan dan kelab supaya segala keperluan yang ditetapkan oleh FAM seperti pendaftaran pemain dapat dipenuhi dalam masa yang diberikan," katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian antara FAM dengan pembekal vaksin, Sanofi Pasteur di Wisma FAM di sini Selasa.

Beliau diminta mengulas mengenai permohonan beberapa pasukan agar tarikh tutup pendaftaran pemain di panjangkan.

Azzuddin menegaskan sekiranya pihak pengurusan pasukan masih gagal memberikan senarai penuh pemain mereka menjelang Khamis ini, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM dijangka akan mengambil tindakan susulan dengan menasihatkan pengurusan pasukan untuk mendaftar pemain terutama pemain import mereka pada musim kedua pendaftaran dari 6 hingga 20 April tahun hadapan.

Beliau berkata FAM mahu meningkatkan mutu liga bola sepak tempatan terutama Liga Super supaya setanding dengan liga bola sepak negara lain.

Sehubungan itu JKPT FAM akan sentiasa mencari mekanisme terbaik dalam memperbaiki mutu bola sepak tempatan supaya mendapat pengiktirafan antarabangsa, katanya.



-- BERNAMA

LIVE STREAM FOOTBALL