Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Thursday, January 12, 2012

Terengganu Ancam Tarik Diri Daripada Aksi Liga Malaysia


KUALA TERENGGANU: Terengganu mengancam untuk menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia jika isu melibatkan pemain import antara Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gagal menemui jalan penyelesaian.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said memberi kata dua itu kepada FAM dan mahukan badan itu bertindak menyelesaikan masalah berkenaan dengan segera atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

"Kalau masalah ini tidak selesai, kemungkinan besar semua pasukan kita (PBSNT dan T'Team) akan menarik diri daripada menyertai Liga M dan Piala Malaysia.

"Kalau FAM nak gantung hingga 10 tahun pun, itu dia punya pasallah...ini kerana dia tidak bersikap profesional. Main bola sepak ni nak suka, nak gembira, kenapa dah menyusahkan orang," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini, Rabu.

Ahmad berkata beliau mahu FAM untuk membenarkan Terengganu menggunakandua pemain import yang telah didaftarkan sebelum ini, dan FAM dikehendakimembayar ganti rugi kerana kerajaan negeri telah mengeluarkan belanja yang banyak untuk mendapatkan dua pemain import berkenaan.

Katanya jika FAM gagal melakukan dua perkara itu, kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang.

Isu itu timbul ekoran pekeliling FAM bertarikh 23 Dis 2011 berhubung pendaftaran pemain import.

No comments:

LIVE STREAM FOOTBALL