Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei semakin menghampiri kejuaraan kelapan Siri Super Terbuka Malaysia apabila melangkah ke suku akhir perseorangan lelaki di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, Khamis. Pemain nombor satu dunia itu mudah menewaskan lawannya Kazushi Yamada dariJepun pada set pertama 21-8 dan 21-18.
"Masa set kedua saya sedikit hilang fokus, mungkin kerana ada gangguan 'angin' yang kuat (di gelanggang) jadi saya sedikit takut untuk bermain seperti biasa," katanya kepada media selepas perlawanan.
Beliau dijadualkan bertemu pemain Indonesia Taufik Hidayat pada peringkat suku akhir pada Jumaat.
Hasrat peminat tempatan untuk melihat pertembungan Dato Lee Chong Wei dan Lin Dan di pentas akhir terbuka tidak kesampaian apabila Lin Dan tewas kepada perseorangan Denmark Jan O Jorgensen dari Denmark 14-21, 21-15, 21-15.
No comments:
Post a Comment