Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Monday, January 9, 2012

KEPUTUSAN PERBICARAAN KES LIWAT DATO SERI ANWAR IBRAHIM | MAHKAMAH PUTUSKAN ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH


KEPUTUSAN PERBICARAAN KES LIWAT DATO SERI ANWAR IBRAHIM | MAHKAMAH PUTUSKAN ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH | ANWAR IBRAHIM FOUND NOT GUILTY | MAHKAMAH PUTUSKAN ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH KES LIWAT

Satu keputusan yang tidak disangka-sangka apabila Hakim Datuk Mohamad Zabidin MOhd Diah memutuskan Dato seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam kes liwat ini.

Kronologi Dalam Mahkamah :

9.20am: Perbicaraan dimulakan dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.

9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.

Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.

9.32am: Dalam reaksi spontannya, anak Anwar - Nurul Izzah menulis di Twitter:

"Judge: reading results immediately. Evidence not corroborated. Papa is acquitted! Takbir!"

Dato Seri Anwar Ibrahim memeluk isteri beliau, Datin seri Azizah selepas keputusan hakim mendapati Dato seri Anwar Ibrahim tidak bersalah.

Suasana di luar mahkamah pada pukul 9.45pagi selepas DS Anwar didapati tidak bersalah.

Terkini : Penyokong DS Anwar Berarak Meraikan Kemenangan Rakyat Malaysia Hari Ini.

12 comments:

thomas said...

A very good judgement.

miyra eiya said...

alhamdulillah .. :D

Ahmad Syuxer said...

takbir..ALLAHU AKBAR!!

Anonymous said...

bila Mahkamah buat keputusan yang menyebelahi Anwar, ppl said, good judgement. Tapi bila buat keputusan sebaliknya, Govt is bad, konspirasi etc sedangkan mahkamah nothing to do with govt..hmmm

Anonymous said...

Hakim cuma kata because of bukti tu tak dpat dibuktikan terusik atau tidak... Then this proceeding can be refered too utk kes2 rogol atau kes zina di mana mahkamah patutu gugurkan kes atau lepaskan pertuduhan kerana tidak dapatkan sabitan bukti 100% bukti tidak terusik..

eikieyn said...

Finally. Alhamdulillah. :)

Cik Azizah said...

Allah Maha Mengetahui siapa yg betol dan siapa salah...sudah terbukti kan beliau tak bersalah..emm

Azekzk said...

jom kita pakat2 tukar pemerintah yg ada skrg.

fyna said...

nothing to say

Anonymous said...

xtau la ape jd ngan Malaysia nt...bl AI terlepas dr hukuman...Ya Allah lindungi lah kami rakyat Malaysia...

eddyhata said...

blom tau lagi kesudahan cerita ni...banyak ranjau dan duri yg perlu diharungi ...

Anonymous said...

tak kisah siapa yang memerintah, bila tamak dan kerakusan tu dah tersemai di dlm hati sudah tiada bezanya pemimpin setiap parti

LIVE STREAM FOOTBALL