Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Monday, December 5, 2011

SENARAI PEMAIN SKUAD SELANGOR 2012


Pengendali baharu Selangor, Irfan Bakti Abu Salim percaya senarai seramai 23 pemain yang dimilikinya sudah lebih daripada mencukupi bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Biarpun setiap pasukan dibenarkan menyenaraikan 25 pemain, Irfan sebaliknya yakin dengan kemampuan pemain sedia ada bagi membantu beliau untuk sekurang-kurangnya mendapatkan satu piala buat Selangor pada musim depan.

Ketika ini, Irfan telah memiliki 22 pemain termasuk seorang pemain import baharu, Ramez Dayoub dari Lubnan, sementara seorang lagi pemain import dijangka diisi pemain yang besar kemungkinan berasal dari benua Afrika.

“Sudah tentu lebih bagus sekiranya saya dapat menyenaraikan 25 pemain untuk musim depan.

“Cuma bagi saya, buat masa ini jumlah 23 pemain sudah lebih daripada mencukupi,” kata Irfan kepada Kosmo!.

Sebelum ini, Selangor membawa masuk sembilan pemain baharu iaitu dua penjaga gol, G. Jeevananthan (USM) dan Norazlan Razali (KL), R. Surendren (Pahang), Famirul Asraf Sayuti (Pahang), Solihin Kanasian (Kelantan), Hasmarul Fadzir Hassan (Felda United), Wan Hoesne Wan Hussain (Johor FC), Adib Aizuddin Ab Latif (Johor) dan pemain Piala Presiden, Khairul Anuar Khalid.


12 pemain lama yang dikekalkan ialah Amri Yahyah, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Asraruddin Putra Omar, Bunyamin Umar, Azidan Sarudin, P. Gunalan, Razman Roslan, Nasriq Baharom, Fitri Shazwan Raduwan, Fazilidin Khalid dan Fairul Azwan Shahrullai.

Mengenai kemampuan sembilan pemain baharu yang menyarung jersi Merah Kuning musim depan, Irfan yakin mereka mampu memberikan impak positif sekali gus memberikan lebih banyak pilihan terhadap percaturan strategi beliau.

“Malah, ketibaan Ramez juga saya rasa tepat pada masanya buat kami membuat persiapan untuk mengadakan sekurang-kurangnya 10 perlawanan latihan pra musim sebelum saingan Liga M bermula 10 Januari depan.

“Ini kerana khidmat Ramez hanya diperlukan negaranya untuk perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada penghujung Februari,” tambahnya.

Apa yang pasti, Irfan yang membimbing Terengganu muncul juara Piala FA serta naib juara Piala Malaysia dan Liga Super 2011, sudah tentu mahu menghadirkan sesuatu buat Selangor yang sekadar menamatkan saingan Liga Super di tempat ketiga selain ditunjukkan jalan keluar di peringkat separuh akhir Piala Malaysia musim ini.

Sumber: Kosmo!

2 comments:

Padin said...

haha harap2 R surendran dapat sentuhan semula dengan Selangor.. err Rudie dah blah ek?

Roy A said...

Loved readingg this thank you

LIVE STREAM FOOTBALL