Subscribe via email
Monday, December 5, 2011
ABDUL HADI YAHYA BERAZAM GEGAR JARING MUSIM DEPAN
Kehadiran pemain import dalam Liga Malaysia musim depan tidak mematahkan semangat penjaring berbisa Terengganu Abdul Hadi Yahya untuk mempertahankan gelaran penjaring terbanyak Liga Super.
Katanya kehadiran pemain import dan pemain skuad Harimau Muda dalam skuad Terengganu musim depan akan memperkukuhkan kedudukan pasukan itu pada musim baru nanti.
Jelasnya, dia berazam untuk beraksi sehebat gelaran yang diberikan dalam mengharungi saingan liga musim depan walaupun di sebalik kehadiran pemain import.
Abdul Hadi muncul penjaring terbanyak dengan 20 gol dan membantu Terengganu muncul naib juara liga tahun ini di belakang pasukan Kelantan.
Skuad Penyu itu juga muncul juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia 2011.
Pemain berusia 26 tahun dari Klang, Selangor itu berkata semua pemain sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk mengharungi saingan liga yang dijangka lebih sukar dengan kehadiran pemain import.
"Kami telah menjalani sesi latihan pertengahan bulan lalu bagi mempersiapkan dan memperkemaskan barisan pemain," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
"Saya akan membuat yang terbaik serta memperbaiki rekod sedia ada, dengan gandingan serta pilihan tepat yang dilakukan oleh jurulatih (Mat Zan Mat Aris) dan pengurusan saya yakin Terengganu dapat mengulangi kejayaan yang lebih besar berbanding tahun lalu," katanya.
Biarpun kalah di tangan Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia 2011, Abdul Hadi berkata beraksi pada perlawanan akhir itu merupakan pengalaman paling bermakna dalam hidupnya sebagai seorang pemain profesional.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
go ! hadi ...penyu warriors
Post a Comment