Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Saturday, December 31, 2011

SELANGOR FC 2012 | GURUSAMY TIDAK GENTAR BERSAING

PERSAINGAN sihat dan sengit bakal membentuk pasukan yang mantap pada musim depan”.

Itu pandangan pemain muda, K Gurusamy yang tidak gentar berdepan cabaran rakan sepasukan lebih senior dan berpengalaman bagi merebut kesebelasan utama Selangor.

Selain Gurusamy yang mewakili Selangor kali pertama musim depan, Merah Kuning dilihat mempunyai barisan pemain tengah yang ramai serta berkualiti. seperti Mohd Safiq Rahim, Azidan Sarudin, Fitri Shazwan Raduwan dan Mohd Bunyamin Omar.

Menurut bekas pemain Harimau Muda A itu, dia tidak mempunyai pilihan selain meningkatkan lagi kualiti permainan dan berusaha lebih kuat mendapatkan kepercayaan pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim.

“Saya baru pulang dari Australia selepas menjalani latihan bersama skuad Olimpik negara. Jadi saya tidak boleh leka dan perlu bersungguh-sungguh apabila beraksi di atas padang bagi mencapai keserasian yang maksimum bersama rakan sepasukan.

“Namun setakat ini saya tidak mempunyai masalah untuk bergandingan dengan pemain tengah yang lain terutamanya Mohd Safiq Rahim kerana pernah menjalani latihan bersama dalam skuad kebangsaan,” katanya.

Menurut pemain berusia 23 tahun itu lagi, adalah penting untuknya menyerlah dan menjadi pemain utama skuad Selangor musim depan kerana ia turut mempengaruhi tempatnya dalam skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal.

Gurusamy yang juga anggota skuad pingat emas Sukan Sea 2009 dan 2011 serta juara Piala AFF 2010 ditemui selepas membuat penampilan kedua bersama Selangor dalam aksi persahabatan menentang kelab dari Negeri Sembilan, Betaria FC yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

No comments:

LIVE STREAM FOOTBALL