Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Saturday, December 31, 2011

MAURINHO MAHU KE ENGLAND | RONALDO MAHU KEKAL DI REAL MADRID

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo menyatakan impian untuk terus kekal di Real Madrid, beberapa hari selepas jurulatih pasukan itu Jose Mourinho membayangkan hasratnya untuk akhirnya kembali ke Liga Perdana Inggeris.

“Saya gembira di Real Madrid dan mahu terus kekal di kelab ini pada masa depan. “Saya seronok di sini dan mahu terus menikmatinya,” kata bekas pemain Manchester United itu dalam satu Persidangan Sukan di Dubai menerusi laman web kelab.

“Liga Sepanyol adalah yang terbaik di dunia kerana memberi peluang kepada setiap pemain mempamerkan kemahiran dan kualiti,” kata pemain berusia 26 tahun itu, menjawab pertanyaan mengenai tindakan Mourinho untuk beralih angin.

Bekas jurulatih Chelsea itu mengikat kontrak selama empat tahun dengan Real dan hanya akan berakhir pada penghujung musim 2013/14. Pada Isnin lalu, jurulatih kontrversi itu menyatakan destinasi seterusnya selepas Sepanyol adalah kembali ke England.

“Kalau boleh saya nak ke sana dan tinggal untuk jangka masa panjang,” kata Mourinho.

Jurulatih berusia 48 tahun itu sejak dulu lagi menjelaskan terpikat dengan corak bola sepak England, malah ramai pemerhati meramalkan beliau akan menjadi pengganti terbaik Sir Alex Ferguson di Manchester United selepas ‘pengurus otai’ itu bersara.

Ronaldo menyertai Real dari Manchester United pada Julai 2009, mengikat kontrak enam tahun dengan nilai bayaran RM386.6 juta (AS$122 juta), sekali gus menjadikannya sebagai pemain termahal dunia.

Madrid kini berada di kedudukan teratas La Liga dengan 40 mata, tiga mata di depan pencabar terdekat, Barcelona

No comments:

LIVE STREAM FOOTBALL