Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Monday, December 12, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN MENENTANG CENTRAL COAST MARINERS FC DI AWALKAN SEHARI


DUA aksi kompetitif dalam tempoh dua hari menentang kelab Liga Australia (Liga-A), Sydney FC esok dan Central Coast Mariners FC Rabu ini memaksa jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee menurunkan pasukan berbeza dalam aksi persahabatan di Sydney, Australia.

Menurut pengendali negara itu ketika dihubungi Arena Metro di Sydney semalam, perlawanan dengan kelab di tangga kedua Liga-A, Central Coast Mariners dipercepatkan sehari daripada tarikh asal akibat masalah jadual liga negara itu.

“Tarikh perlawanan kedua menentang Central Coast Mariners sepatutnya diadakan pada 15 Disember namun terpaksa diubah pada 14 Disember atas permintaan kelab itu kerana jadual liga mereka yang padat.

“Kami terpaksa menerima permintaan itu dan apa yang saya perlu lakukan adalah melakukan persediaan terbaik dan memikirkan barisan pemain memandangkan kami tidak mempunyai rehat sehari.

“Pada perlawanan pertama dengan Sydney FC saya bercadang untuk menurunkan kesebelasan utama manakala bagi aksi kedua pula saya akan menurunkan pemain yang kurang diberi peluang sebelum ini,” kata Kim Swee.

Skuad Olimpik negara bertandang ke Sydney dalam rangka latihan dan persiapan menjelang pusingan kedua Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik London menentang Bahrain, Jepun dan Syria tahun depan.

Biarpun peluang Malaysia hampir tertutup selepas merekod kekalahan ketiga berturut-turut, namun Kim Swee mahu menggunakan baki tiga lagi perlawanan kelayakan itu untuk mencari keputusan baik sambil memberi pendedahan kepada pemain baru.

Di Sydney, Kim Swee membawa 23 pemain termasuk tiga pemain baru, Mohd Sharil Saari, penjaga gol dari Terengganu, Shahrul Saad pertahanan Harimau Muda B dan pemain tengah Felda United, S Sivanesan.

No comments:

LIVE STREAM FOOTBALL