Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Thursday, December 15, 2011

PAHANG IKAT DUA PEMAIN IMPORT RUSSIA DAN GHANA


DUA penyerang import, masing-masing dari Russia dan Ghana menjadi pilihan skuad Pahang bagi menghadapi saingan Liga M musim depan.

Sergey Ivanov, 24, dari Russia dan Nana Yaw, 26 dari Ghana dipilih pengurusan Tok Gajah selepas menguji 15 pemain import yang hadir mencuba nasib di Kuantan.

Pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh berkata, pengurusan turut mendapatkan khidmat ramai pemain tempatan termasuk seorang pemain Kelantan, Kiran Iroza Razali bagi menguatkan cabaran Pahang musim depan.

“Kami juga mendapat khidmat lima pemain kelab Shahzan Muda selepas beberapa pemain berhijrah ke negeri lain. Muka lama yang dikekalkan dalam pasukan ialah kapten, Jalaluddin Jaafar, Shahrizan Salleh, Zaiza Zainal Abidin dan Azamuddin Akil.

“Dengan barisan gabungan pemain lama dan baru termasuk kehadiran pemain import, saya percaya Pahang yang beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan, mampu mencatat kejayaan membanggakan.

“Biarpun persiapan skuad ini tidak gah seperti pasukan lain, kecemerlangan tetap menjadi keutamaan,” katanya. Antara pemain Pahang yang berhijrah ke pasukan lain ialah penjaga gol, Mohd Suffian Abdul Rahman, Munir Amran, Famirul Ashraf, R Surendran, Mohd Fazli Baharudin, Nazrulerwan Makmor, Alafi Mahmud dan R Karthigesu.

No comments:

LIVE STREAM FOOTBALL