Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Thursday, December 15, 2011

CHELSEA MAHU LEPASKAN TORRES

LONDON: Chelsea bersedia menjual penyerang bernilai 50 juta (RM246 juta), Fernando Torres yang gagal menyerlah ketika pasaran perpindahan pemain bulan depan.

Penyerang yang menerima gaji 150,000 (RM740,000) seminggu itu hanya menjaringkan tiga gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris sejak berpindah ke Stamford Bridge dari Liverpool pada 31 Januari lalu.

Chelsea mempertimbangkan untuk meminjamkan Torres ke kelab lain bagi memulihkan semula keyakinan pemain itu namun kini mahu menjualnya.

Kelab itu akan menanggung kerugian dengan penjualan pemain termahal dalam sejarah bola sepak Inggeris itu namun mereka sudah tidak sanggup menunggu peluang lain.

Mereka sedia berunding dengan mana-mana kelab yang mahu menawarkan 20 juta (RM98.7 juta) dan membayar gaji tinggi bulan depan.

Apabila Andre Villas-Boas menjadi pengurus Chelsea musim panas lalu, beliau yakin Torres akan kembali menemui sentuhannya semula sebagai penyerang paling digeruni di dunia.

Pengurus itu berharap, kemasukan pemain baru, Juan Mata dari Valencia akan meningkatkan permainan Torres namun ternyata usaha itu tidak berhasil.

Chelsea cukup bersabar dengan prestasi pemain berusia 27 tahun itu namun pengurusan kelab itu sudah menjelajah ke Eropah untuk mencari kelab gergasi yang sudi membeli Torres, bulan depan.

Pemain yang menjuarai Piala Dunia itu dihimpit kemerosotan prestasi sejak berpindah ke Bridge dan kini berada di belakang Didier Drogba dan Daniel Sturridge dalam senarai penyerang utama.

Malah dia juga sekadar memanaskan bangku pemain simpanan dalam perlawanan menentang Manchester City, Isnin lalu dan hanya meraikan sepakan penalti kemenangan Frank Lampard bersama staf pasukan.

3 comments:

Ahmad Syuxer said...

bagusla..warna biru bukan warna luck dia..better warna merah hehe

katak comel said...

torres mmg loser kt chelsea..da ptot singkir awl2 lg..hoho

ShahzCudin said...

sian torres...pegi la team laen..rugi je bakat die..

LIVE STREAM FOOTBALL