Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Tuesday, December 6, 2011

HARIMAU MUDA : Muka Baru Diberi Peluang Tentang Kelab Liga Australia


Pemain Bawah 23 tahun yang jarang diturunkan akan diberi peluang semasa skuad negara bermain dalam perlawanan persahabatan dengan kelab Australia, kata ketua jurulatih Ong Kim Swee.

Beliau berkata beliau mahu menilai prestasi mereka sebelum dipilih untuk bermain dalam Liga Singapura tahun depan di samping mewakili negara pada pusingan kedua kelayakan Olimpik London (Zon Asia) bagi Kumpulan C.

Semalam beliau telah memanggil beberapa muka baru iaitu S Sivanesan dari Felda United, Nazirul Naim Che Hashim dan Mohd Ferris Danial Mat Nasir dari Harimau Muda A, Nur Areff Kamaruddin dan Mohd Farhan Abu Bakar dari Harimau Muda B.

"Kita akan menilai permainan mereka di peringkat antarabangsa menentang pasukan-pasukan elit dan dari situ saya akan membuat keputusan pemain mana yang akan dikekalkan untuk bersama kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan pembekal vaksin kesihatan tempatan, Sanofi Pasteur di Wisma Fam di sini Selasa.

Dalam perlawanan persahabatan, skuad B-23 negara dijadual menentang Sydney FC pada 13 Dis, Central South Mariner pada 15 Dis sebelum menutup aksi menentang Newcastle Jets pada 19 Dis.

Bagi kelayakan Olimpik, skuad negara akan menentang Syria, Bahrain dan Jepun awal tahun depan.

Bagi menghadapi Liga Singapura, Kim Swee berkata beliau akan mengambil beberapa pemain dari skuad Harimau Muda B.

"Saya tidak boleh mengambil pemain daripada kelab tempatan terutamanya bagi pemain yang telah menandatangani kontrak dengan kelab tersebut.

"Apa yang akan saya lakukan ialah mengambil pemain daripada Harimau Muda B untuk memenuhi kuota pemain yang dibenarkan dalam Liga Singapura," katanya.

Tiga pemain yang melebihi usia 23 tahun musim depan tidak lagi akan beraksi bersama skuad B-23 iaiatu Mohd Muslim Ahmad yang memilih menyertai Terengganu, K Gurusamy (Selangor) dan Mohd Zamir Selamat (Johor FC).

-- BERNAMA

No comments:

LIVE STREAM FOOTBALL