Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Showing posts with label pemain import selangor 2012. Show all posts
Showing posts with label pemain import selangor 2012. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

SELANGOR BERHATI-HATI PILIH PEMAIN IMPORT


SELANGOR BERHATI-HATI PILIH PEMAIN IMPORT | PEMAIN IMPORT SELANGOR 2012 | MBELE DI GUGURKAN DARI SELANGOR FA

ENGGAN ‘pisang berbuah dua kali’, pengurusan pasukan Selangor kini lebih berwaspada dalam mengenal pasti calon import baharunya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) selepas ini.

Pernah ‘terkena’ sebelum ini gara-gara mengikat awang import yang ‘indah khabar daripada rupa’, Lelo Mbele dari Congo, pengendali Gergasi Merah, Irfan Bakti Abu Salim tanpa berselindung menjelaskan bahawa mereka perlu lebih berhati-hati kali ini.

Mengakui lebih cenderung memilih pemain Crotia, Bosko Balaban berbanding seorang lagi pemain dari Mali, Amadou Konte sebagai pemain import kedua mereka selepas mengikat tonggak Lebanon, Ramez Dayoub, Irfan begitupun enggan terburu-buru membuat keputusan mengenai perkara itu.

“Jika diikutkan, saya lebih cenderung memilih Balaban (berbanding Konte) atas sebab- sebab yang tidak dapat didedahkan.

“Namun, saya akan menunggu laporan perubatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Balaban, 34, pernah beraksi bersama kelab Dinamo Zagreb dan Aston Villa sebelum ini, manakala Konte, 31, yang memulakan kariernya bersama kelab Perancis, RC Stras- bourg pernah menyarung jersi FC Porto, namun gagal beraksi bersama skuad utama kelab itu sebelum berhijrah ke CF Villanovense.

Saturday, December 31, 2011

SELANGOR FC 2012 | GURUSAMY TIDAK GENTAR BERSAING

PERSAINGAN sihat dan sengit bakal membentuk pasukan yang mantap pada musim depan”.

Itu pandangan pemain muda, K Gurusamy yang tidak gentar berdepan cabaran rakan sepasukan lebih senior dan berpengalaman bagi merebut kesebelasan utama Selangor.

Selain Gurusamy yang mewakili Selangor kali pertama musim depan, Merah Kuning dilihat mempunyai barisan pemain tengah yang ramai serta berkualiti. seperti Mohd Safiq Rahim, Azidan Sarudin, Fitri Shazwan Raduwan dan Mohd Bunyamin Omar.

Menurut bekas pemain Harimau Muda A itu, dia tidak mempunyai pilihan selain meningkatkan lagi kualiti permainan dan berusaha lebih kuat mendapatkan kepercayaan pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim.

“Saya baru pulang dari Australia selepas menjalani latihan bersama skuad Olimpik negara. Jadi saya tidak boleh leka dan perlu bersungguh-sungguh apabila beraksi di atas padang bagi mencapai keserasian yang maksimum bersama rakan sepasukan.

“Namun setakat ini saya tidak mempunyai masalah untuk bergandingan dengan pemain tengah yang lain terutamanya Mohd Safiq Rahim kerana pernah menjalani latihan bersama dalam skuad kebangsaan,” katanya.

Menurut pemain berusia 23 tahun itu lagi, adalah penting untuknya menyerlah dan menjadi pemain utama skuad Selangor musim depan kerana ia turut mempengaruhi tempatnya dalam skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal.

Gurusamy yang juga anggota skuad pingat emas Sukan Sea 2009 dan 2011 serta juara Piala AFF 2010 ditemui selepas membuat penampilan kedua bersama Selangor dalam aksi persahabatan menentang kelab dari Negeri Sembilan, Betaria FC yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Monday, December 5, 2011

SENARAI PEMAIN SKUAD SELANGOR 2012


Pengendali baharu Selangor, Irfan Bakti Abu Salim percaya senarai seramai 23 pemain yang dimilikinya sudah lebih daripada mencukupi bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Biarpun setiap pasukan dibenarkan menyenaraikan 25 pemain, Irfan sebaliknya yakin dengan kemampuan pemain sedia ada bagi membantu beliau untuk sekurang-kurangnya mendapatkan satu piala buat Selangor pada musim depan.

Ketika ini, Irfan telah memiliki 22 pemain termasuk seorang pemain import baharu, Ramez Dayoub dari Lubnan, sementara seorang lagi pemain import dijangka diisi pemain yang besar kemungkinan berasal dari benua Afrika.

“Sudah tentu lebih bagus sekiranya saya dapat menyenaraikan 25 pemain untuk musim depan.

“Cuma bagi saya, buat masa ini jumlah 23 pemain sudah lebih daripada mencukupi,” kata Irfan kepada Kosmo!.

Sebelum ini, Selangor membawa masuk sembilan pemain baharu iaitu dua penjaga gol, G. Jeevananthan (USM) dan Norazlan Razali (KL), R. Surendren (Pahang), Famirul Asraf Sayuti (Pahang), Solihin Kanasian (Kelantan), Hasmarul Fadzir Hassan (Felda United), Wan Hoesne Wan Hussain (Johor FC), Adib Aizuddin Ab Latif (Johor) dan pemain Piala Presiden, Khairul Anuar Khalid.


12 pemain lama yang dikekalkan ialah Amri Yahyah, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Asraruddin Putra Omar, Bunyamin Umar, Azidan Sarudin, P. Gunalan, Razman Roslan, Nasriq Baharom, Fitri Shazwan Raduwan, Fazilidin Khalid dan Fairul Azwan Shahrullai.

Mengenai kemampuan sembilan pemain baharu yang menyarung jersi Merah Kuning musim depan, Irfan yakin mereka mampu memberikan impak positif sekali gus memberikan lebih banyak pilihan terhadap percaturan strategi beliau.

“Malah, ketibaan Ramez juga saya rasa tepat pada masanya buat kami membuat persiapan untuk mengadakan sekurang-kurangnya 10 perlawanan latihan pra musim sebelum saingan Liga M bermula 10 Januari depan.

“Ini kerana khidmat Ramez hanya diperlukan negaranya untuk perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada penghujung Februari,” tambahnya.

Apa yang pasti, Irfan yang membimbing Terengganu muncul juara Piala FA serta naib juara Piala Malaysia dan Liga Super 2011, sudah tentu mahu menghadirkan sesuatu buat Selangor yang sekadar menamatkan saingan Liga Super di tempat ketiga selain ditunjukkan jalan keluar di peringkat separuh akhir Piala Malaysia musim ini.

Sumber: Kosmo!

LIVE STREAM FOOTBALL