Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Thursday, January 5, 2012

TIKET PIALA SUMBANGSIH 2012 MULA DI JUAL DI NEGERI SEMBILAN

Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) akan menjual tiket perlawanan Sumbangsih di pejabat PBNS dan Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi di sini, mulai esok.

Bendahari Kehormat PBNS, Mohd Bahari Abdul Rahman berkata tiket berharga RM15 bagi tempat terbuka dan RM30 (berbumbung) akan dijual mulai jam 10 pagi hingga jam 4 petang.

"Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan sebanyak 30,000 keping tiket berharga RM15 dan 2,000 tiket berharga RM30. Tiket berkenaan akan turut dijual di daerah-daerah. Tiket tersebut akan dijual sehingga Jumaat ini," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam Sabtu ini merupakan perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia musim ini yang mempertemukan Negeri Sembilan selaku juara Piala Malaysia dengan Kelantan selaku juara Liga Super musim lepas.

Sehubungan itu, beliau meminta penyokong bola sepak di negeri ini supaya membeli tiket perlawanan itu lebih awal bagi mengelak kesesakan atau kehabisan.

"Para penyokong Negeri Sembilan yang akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini diminta supaya memakai baju warna kuning. Bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku, penyokong dinasihatkan berdisiplin," katanya.

Sementara itu, Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (N9FUTBOL.COM) akan mengatur Konvoi Perdana Perlawanan Sumbangsih 2012 ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Semua penyokong dan kenderaan yang akan menyertai konvoi tersebut diminta berkumpul di STAR dan konvoi akan mula bertolak ke Bukit Jalil pada pukul 3 petang. - Bernama

4 comments:

Saddila said...

yeayyyy pergi stadium :))

Diari Si Froggie said...

jom pi ramai2..hehe. lawa pulak trofi tu..

Anonymous said...

GBS tak nak k0nvoi p stadium kew?? :D

Anonymous said...

amboi2 geng gbs semua ni nak p tgk bola keerr eheheh

LIVE STREAM FOOTBALL