Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui, Robin van Persie telah memperoleh keyakinan baharu dalam saingan Liga Perdana England.
Wenger yakin penyerang antarabangsa Belanda itu tidak akan berputus asa dalam misinya untuk merekodkan 37 gol pada saingan musim ini.
Van Persie meledakkan gol ke-34 pada tahun ini menerusi satu sepakan penalti ketika Arsenal menewaskan Aston Villa 2-1, sekali gus hanya memerlukan dua gol lagi untuk menyamai rekod Alan Shearer.
Gol yang diperoleh di Villa Park itu sudah cukup buat van Persie untuk menyamai rekod sepanjang tujuh tahun Thierry Henry bersama skuad The Gunners.
Bagaimanapun, penyerang itu dilihat akan terus bekerja keras untuk menambah koleksi gol yang dimilikinya.
Wenger menegaskan, beliau tidak akan merehatkan penyerang itu, terutamanya dalam dua perlawanan di gelanggang sendiri menentang Wolverhampton Wanderers dan Queens Park Rangers (QPR).
No comments:
Post a Comment