Juara kelab Eropah, Barcelona mudah membelasah juara kelab Asia, Al Sadd dari Qatar 4-0 pada aksi separuh akhir Piala Kelab Dunia semalam.
Malah, mereka hanya menggunakan pemain pertahanan untuk menjaringkan dua gol di babak pertama menerusi Adriano dalam aksi yang dilihat berat sebelah itu.
Dua lagi gol Barcelona dijaringkan Seydou Keita dan Maxwell di babak kedua permainan.
Bagaimanapun, Barca terpaksa membayar dengan harga yang tinggi di atas kemenangan itu apabila David Villa disahkan patah kaki ketika beraksi di babak pertama.
Ini bakal memaksa penyerang antarabangsa Sepanyol itu berehat panjang sehingga berakhir musim ini. Villa sebelum ini turut disebut-sebut bakal dijual ke kelab lain.
Dengan kejayaan itu, Barcelona akan menentang kelab dari Amerika Selatan, Santos pada perlawanan akhir Ahad ini.
Santos sebelum itu menewaskan juara kelab Jepun, Kashiwa Reysol 3-1 dalam satu lagi separuh akhir kelmarin.
No comments:
Post a Comment