Ketika Kelantan seakan bergelut beraksi di depan lebih 50,000 penyokong Persebaya di Stadium Gelora Bung Tomo, skuad tuan rumah lebih mengancam menerusi gerakan penyerang lincah Andik Vermansyah.
Andik yang menjaringkan gol untuk skuad juara Liga Primer Indonesia itu mengikat Kelantan 1-1 pada pertemuan pertama di Kota Bharu ternyata sekali lagi membuktikan ketajamannya dengan menyumbat gol pada minit ke-15 selepas mendapat hantaran lintang Muhammad Taufiq.
Tidak banyak gerakan yang berjaya dicipta kedua-dua pasukan dengan keadaan padang yang teruk, sekali gus menyaksikan Persebaya kekal mendahului 1-0 selepas tamat babak pertama.Separuh masa kedua bersambung, Kelantan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Pemain Paling Bernilai 2011, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-49 selepas merembat masuk bola lantunan percubaan Mohammed Ghaddar yang terkena tiang.
Bagaimanapun kebangkitan pasukan pelawat kendalian Peter Butler tidak kekal lama apabila Persebaya membolosi gawang yang dikawal penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat sebanyak dua kali menerusi Rendy Irawan di minit ke-64 dan Otavio Putra (m-74).
Biarpun penyerang Indra Putra Mahayuddin menghasilkan gol kedua pada masa kecederaan, segala-galanya sudah terlambat buat Kelantan yang terpaksa akur dengan kekalahan agregat 4-3.
3 comments:
Kelantan Boleh Cube Lagi..,
xdak rezeki kelantan.. xpe.. leh cuba lain kali.. :)
yup tahun depan boleh cuba lagi... ini cuma perlawanan persahabatan utk uji permain dan pemain import baru
Post a Comment