BERSIH 2.0 menganggap perarakan hari ini sebagai satu kemenangan kepada pergerakan itu dan rakyat Malaysia, dengan mendakwa sehingga 50,000 orang telah menyertainya, bagi menyokong tuntutannya untuk pilihan raya bersih dan adil.
Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Subramaniam Pillay berkata pihaknya menganggap ia satu kejayaan besar kerana menurutnya, perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil, bukanlah boleh dilakukan dalam perarakan satu hari sahaja.
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (kanan) - seorang lagi ahli jawatankuasa tersebut - berkata jumlah kehadiran yang besar sangat penting kerana ia berlaku walaupun banyak halangan dari pihak berkuasa. Beliau menyifatkannya sebagai sangat berjaya kerana walaupun dua minggu berdepan dengan halangan, "saya terkejut melihat ribuan orang (menyertainya)".
"Dari perspektif ini, rakyat sesungguhnya telah berjaya," kata sasterawan berusia tujuh tahun, yang memakai baju-T BERSIH 2.0 di luar baju lengan panjangnya.
Bersih 2.0 anggap perarakan hari ini berjaya
Kuek Ser Kuang Keng
Jul 9, 11
6:35pm
BERSIH 2.0 menganggap perarakan hari ini sebagai satu kemenangan kepada pergerakan itu dan rakyat Malaysia, dengan mendakwa sehingga 50,000 orang telah menyertainya, bagi menyokong tuntutannya untuk pilihan raya bersih dan adil.
Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Subramaniam Pillay berkata pihaknya menganggap ia satu kejayaan besar kerana menurutnya, perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil, bukanlah boleh dilakukan dalam perarakan satu hari sahaja.
Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar selepas perhimpunan tersebut.
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (
kanan) - seorang lagi ahli
jawatankuasa tersebut - berkata jumlah kehadiran yang besar sangat penting kerana ia berlaku walaupun banyak halangan dari pihak berkuasa.
Beliau menyifatkannya sebagai sangat berjaya kerana walaupun dua minggu berdepan dengan halangan, "saya terkejut melihat ribuan orang (menyertainya)".
"Dari perspektif ini, rakyat sesungguhnya telah berjaya," kata sasterawan berusia tujuh tahun, yang memakai baju-T BERSIH 2.0 di luar baju lengan panjangnya.
BERSIH 2.0 berkata oleh kerana polis dihalang mereka menyerahkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, maka gabungan itu akan mengemukakan permohonan untuk buat demikian.
"Kami akan buat temujanji berasingan untuk menyerahkannya, bila pihak polis kembali tenang," kata seorang lagi anggota jawatankuasa tersebut, Arumugam sambil menambah tidak perlu untuk satu lagi perhimpunan.
Ditanya sama ada BERSIH 2.0 akan mengadakan satu lagi perhimpunan jika tuntutan pembaharuan pilihan raya itu tidak dipenuhi, Subramaniam berkata, jawatankuasanya akan membincangkan perkara itu apabila tiba masanya.
Nurul Izzah : Polis Sasar ke arah orang ramaiPerangkaan rasmi polis setakat jam 3.30 petang tadi, menunjukkan 924 orang telah ditangkap pada perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini.
Daripada jumlah itu 49 adalah wanita.
PAS pula mendakwa tidak kurang 300 pemimpin dan ahlinya juga ditangkap.
Mereka termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad SabuSabu dan dua naib presiden parti itu - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.
Menurut Harakahdaily, pasukan peguam PAS setakat ini telah merekodkan 133 nama dari lebih 300 yang ditangkap oleh polis sehingga jam 4 petang ini.
Abdul Hadi bersama setiausaha politiknya, Dr Shamsuri Mokhtar ditangkap di KL Sentral. Kedua-duanya mereka dibawa ke balai polis Jinjang.
Sebelum itu, Salahudin dan Mahfuz juga ditangkap di KL Sentral dan dibawa ke balai yang sama.
Selain mereka turut ditangkap adalah Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Srenavasan dan naib presiden PKR Tian Chua.
Pakatan Rakyat juga membidas tindakan ganas polis hari ini sehingga mencederakan pemimpinnya dan juga rakyat yang cuba berhimpun secara aman.
Semasa perhimpunan itu, beberapa pemimpin juga dilaporan cedera.
Mereka termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
Selain mereka, turut menjadi mangsa adalah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad apabila kanister gas pemedih mata ditembak di belakang kepalanya.
Menurut naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar polis berulang-kali melepaskan tembakan terus ke arah orang ramai hingga menyebabkan ramai yang cedera.
"Seorang pengawal peribadi Anwar luka di bahagian pipinya sepanjang empat inci mankala ketua pembangkang, iaitu ayah saya juga cedera. Adik saya juga ditahan dan dibawa ke trak FRU.
"Polis bukannya melepaskan tembakan gas pemedih mata ke udara tetapi menghalanya terus ke arah ahli parlimen sehingga mencederakan mereka. Sasaran mereka adalah kepala Anwar,” katanya.
Mengikut pengumuman BERSIH 2.0, perhimpunan sepatutnya berlangsung di Stadium Merdeka mulai jam 2 hingga 4 petang namun polis tidak memberikan kebenaran untuk berbuat demikian.
Malah, sekatan dibuat di seluruh Kuala Lumpur untuk menghalang peserta perhimpunan termasuk dari negeri lain daripada memasuki Kuala Lumpur.
Namun di sebalik segala sekatan dan hambatan yang dikenakan ke atas rakyat itu, puluhan ribu orang yang memberanikan diri dan turun ke jalanan di sekitar ibu negara. BERSIH 2.0 meletakkan jumlah yang keluar hari ini pada 50,000 orang.
Walaupun dikejar dan disembur meriam air serta tembakan gas pemedih mata, peserta berjayabergabung di Jalan Pudu berhampiran Menara Maybank. Namun tidak kurang 10,000 daripada mereka disuraikan dengan tindakan keras pihak berkuasa.
Beberapa stesen LRT dan monorail juga ditutup bagi menghalang ribuan lagi yang cuba menyertai perhimpunan itu.
Selain itu, Masjid Jamed Kampung Baru dan Masjid Negara yang sering-kali dijadikan lokasi berhimpun juga disekat polis.
Di Kampung Baru, pintu pagar masjid itu ditutup, manakala di Masjid Negara, orang ramai diarahkan mengosongkan majid itu termasuk mereka yang ingin menunaikan solat.
Tangkapan juga dibuat di Jalan Tun Sambanthan, Kampung Baru, KL Sentral, Bank Negara, LRT Taman Melati, Masjid Negara dan juga Dataran Merdeka.
Sehingga kini dua tempat dijadikan pusat tahanan sementara oleh polis menurut mereka iaitu Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak dan Balai Polis Jinjang. Dianggarkan jumlah yang ditangkap akan mencecah lebih seribu orang.
Agung terima memo tetapi di halang polisSasterawan Negara Datuk A Samad Said mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk menerima memorandum daripada perwakilan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini tetapi dihalang oleh polis.
Katanya ketika mengadap Seri Paduka pada minggu lalu, Seri Paduka bersetuju membenarkan gabungan 62 NGO itu menyerahkan memorandum mereka bagi menuntut pembaharuan pilihan raya hari ini.
"Baginda bertitah boleh. Itu sebab saya ikut (perwakilan) hantar memo,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
"Saya ambil keputusan untuk nantinya hantar surat untuk beritahu kesediaan Agung terima memo today dilanyani dengan baik oleh polis... Bukan salah saya, tapi oleh polis." jelas sasterawan Negara itu.
Beliau juga membidas keganasan yang digunakan polis pada perhimpunan hari ini sambil menyifatkan ia keganasan yang paling teruk pernah disaksikannya.
"Saya menyaksikan tembakan gas itu amat rambang dan kasar. Saya menyaksikan beberapa wanita yang jatuh dan huru-hara, itu tidak pernah ditengok.
"Dulu walaupun saya menghadapi gas tapi yang ini adalah gas yang kejam sekali dan dahsyat."
Bagi beliau, acara ini cukup berkaya kerana di sebalik pelbagai halangan dan hambatan, rakyat tidak takut meluahkan perasaan mereka.
"Saya fikir amat berjaya kerana hampir dua minggu rintangan, tapi saya terperanjat lihat ribuan, hampir 50,000. Dari segi itu, masyarakat memang berjaya," katanya.
Nurul Izzah: Polis sasar ke arah orang ramai
Perangkaan rasmi polis setakat jam 3.30 petang tadi, menunjukkan 924 orang telah ditangkap pada perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini. Daripada jumlah itu 49 adalah wanita.
PAS pula mendakwa tidak kurang 300 pemimpin dan ahlinya juga ditangkap.
Mereka termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden parti itu - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.
Menurut Harakahdaily, pasukan peguam PAS setakat ini telah merekodkan 133 nama dari lebih 300 yang ditangkap oleh polis sehingga jam 4 petang ini.
Abdul Hadi bersama setiausaha politiknya, Dr Shamsuri Mokhtar ditangkap di KL Sentral. Kedua-duanya mereka dibawa ke balai polis Jinjang.
Sebelum itu, Salahudin dan Mahfuz juga ditangkap di KL Sentral dan dibawa ke balai yang sama.
Selain mereka turut ditangkap adalah Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Srenavasan dan naib presiden PKR Tian Chua.
Pakatan Rakyat juga membidas tindakan ganas polis hari ini sehingga mencederakan pemimpinnya dan juga rakyat yang cuba berhimpun secara aman.
Semasa perhimpunan itu, beberapa pemimpin juga dilaporan cedera.
Mereka termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
Selain mereka, turut menjadi mangsa adalah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad apabila kanister gas pemedih mata ditembak di belakang kepalanya.
Menurut naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar polis berulang-kali melepaskan tembakan terus ke arah orang ramai hingga menyebabkan ramai yang cedera.
"Seorang pengawal peribadi Anwar luka di bahagian pipinya sepanjang empat inci mankala ketua pembangkang, iaitu ayah saya juga cedera. Adik saya juga ditahan dan dibawa ke trak FRU.
"Polis bukannya melepaskan tembakan gas pemedih mata ke udara tetapi menghalanya terus ke arah ahli parlimen sehingga mencederakan mereka. Sasaran mereka adalah kepala Anwar,” katanya.
Mengikut pengumuman BERSIH 2.0, perhimpunan sepatutnya berlangsung di Stadium Merdeka mulai jam 2 hingga 4 petang namun polis tidak memberikan kebenaran untuk berbuat demikian.
Malah, sekatan dibuat di seluruh Kuala Lumpur untuk menghalang peserta perhimpunan termasuk dari negeri lain daripada memasuki Kuala Lumpur.
Namun di sebalik segala sekatan dan hambatan yang dikenakan ke atas rakyat itu, puluhan ribu orang yang memberanikan diri dan turun ke jalanan di sekitar ibu negara. BERSIH 2.0 meletakkan jumlah yang keluar hari ini pada 50,000 orang.
Walaupun dikejar dan disembur meriam air serta tembakan gas pemedih mata, peserta berjayabergabung di Jalan Pudu berhampiran Menara Maybank. Namun tidak kurang 10,000 daripada mereka disuraikan dengan tindakan keras pihak berkuasa.
Beberapa stesen LRT dan monorail juga ditutup bagi menghalang ribuan lagi yang cuba menyertai perhimpunan itu.
Selain itu, Masjid Jamed Kampung Baru dan Masjid Negara yang sering-kali dijadikan lokasi berhimpun juga disekat polis.
Di Kampung Baru, pintu pagar masjid itu ditutup, manakala di Masjid Negara, orang ramai diarahkan mengosongkan majid itu termasuk mereka yang ingin menunaikan solat.
Tangkapan juga dibuat di Jalan Tun Sambanthan, Kampung Baru, KL Sentral, Bank Negara, LRT Taman Melati, Masjid Negara dan juga Dataran Merdeka.
Sehingga kini dua tempat dijadikan pusat tahanan sementara oleh polis menurut mereka iaitu Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak dan Balai Polis Jinjang. Dianggarkan jumlah yang ditangkap akan mencecah lebih seribu orang.
Agong Perkenan terima memo tetapi di halang polis.Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk menerima memorandum daripada perwakilan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini tetapi dihalang oleh polis.
Katanya ketika mengadap Seri Paduka pada minggu lalu, Seri Paduka bersetuju membenarkan gabungan 62 NGO itu menyerahkan memorandum mereka bagi menuntut pembaharuan pilihan raya hari ini.
"Baginda bertitah boleh. Itu sebab saya ikut (perwakilan) hantar memo,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
"Saya ambil keputusan untuk nantinya hantar surat untuk beritahu kesediaan Agung terima memo today dilanyani dengan baik oleh polis... Bukan salah saya, tapi oleh polis." jelas sasterawan Negara itu.
Beliau juga membidas keganasan yang digunakan polis pada perhimpunan hari ini sambil menyifatkan ia keganasan yang paling teruk pernah disaksikannya.
"Saya menyaksikan tembakan gas itu amat rambang dan kasar. Saya menyaksikan beberapa wanita yang jatuh dan huru-hara, itu tidak pernah ditengok.
"Dulu walaupun saya menghadapi gas tapi yang ini adalah gas yang kejam sekali dan dahsyat."
Bagi beliau, acara ini cukup berkaya kerana di sebalik pelbagai halangan dan hambatan, rakyat tidak takut meluahkan perasaan mereka.
"Saya fikir amat berjaya kerana hampir dua minggu rintangan, tapi saya terperanjat lihat ribuan, hampir 50,000. Dari segi itu, masyarakat memang berjaya," katanya.
Sumber : Malaysiakini.com
14 comments:
kepada mereka yang duduk kt kL dan dekat2 area situ mesti bermasalah gile kalau nak keluar..haih...perhimpunan oh perhimpunan....walaupun tujuannya baik,tapi tetap menyusahkan..jgn jadi mcm Mesir je sudah lah...
Lawat ZouL:Aku Punyer Lah!
xnk komen pasal ni sebab ada salah n baik nye perhimpunan ni...ssh kalau semua nk tunjuk lagak masing2...
tp..ehem, dah berkembang nmpk blog ni erkk..x lah fokus pd kete je...thniah utk admin blog..am proud with you...moga bertambah maju pas ni...dh mcm blog tomen dh ckit2 ni..hik2...
:)
to Gua Tertido: jangan nak kate orang bodoh kalau tak sedar diri sendiri pun bodoh nak mampus. dah tau jem jgn laa kua.
sape yg huru hara kan? Patriot merah tu tak salah pulak? dorang bekumpul pun bikin kecoh je. nak masuk tv bagai..kononn laaa nk halang phimpunan. tapi hampehhh.
asal gov nak mrh juz nak hantar memo kat agong untuk pilihanraya bersih, asal? takot government kalah bnyk lagi kerusi untuk PRU ni? GOYANG cakap laaa goyang, jangn banyak ckp sgt, kau tuh before nak kate org bodoh, ukur ilmu kat dade dulu. sekolah tinggi, tapi bodoh berlapis2! hahaha.
Gua Tertidur, jgn lah nak sumpah seranah org yg ikut perhimpunan tu...kita x boleh nak salah2kn mana2 pihak...benar kata yuyu Ali tu...ada baik dan ada x baik perhimpunan ni...tp bagi saya, tak payah la nak main sumpah macam tu sekali...awak rasa awak bagus sangat ke?
seorang meninggal dunia di hospital tmpat anaknya [seorg doktor] bertugas...kasihan. perhimpunan tu jika tiada gangguan sebenarnye aman
perhimpunan ni ni semua ada risiko . bila dah join mestilah terima risikonya . kalau betul perhimpunan ini ke arah kebenaran . InsyaAllah , Allah maha adil . Allah akan bagi ganjaran kepada siapa yang benar .
Sekarang ni baik jangan percaya semua berita . Baca boleh la . Nak percaya tu susah r . ;)
Biarlah org yg buat...asalkan bukan kita...Yg senang pun orang..bukan kita..
perhimpunan tu woii..sbuk giler..haha..CARA MERAPIKAN TEKS PADA POST
apa pun aku tetap x bersetuju dgn perarakan ni.menyusahkn org lain,tgk smpai ada yg trcedera la,yg meninggal pun ada.haihh..tu blm lg dikira dgn pengguna lebuh raya,yg mn isteri nk bersalin,da trberanak dlm ambulans.
polis n kne ikut najib... klu najib ckp a kne wat a la...
diaorg boleh berhimpun...tp jgn berarak...sbb bila berarak akan menggangu org lain yg tak terlibat...kn?
dah keluar dari bab kete ni he3
x phm btl la ape diorg nak
bukan kaya pun kalo join
yg tertentu je kaye
kpd gua tertidur : lu tido jer...mane tau ape jd kat malaysia ni...ntah2 harga brg naik,harga minyak naik,letrik dah naik pon lu xtau...maybe lu salah sorang kroni diorg kot or lu anak2 dato2 UMNOK sebab tu lu asyik tertido jer..ape pon x bleh..buka mata cikit ye...gua x sokong sape2 tp gua rasa sesak sangat sebab semua benda nak naik...ADOYAI
Post a Comment