Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Showing posts with label skuad penuh terengganu 2012. Show all posts
Showing posts with label skuad penuh terengganu 2012. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

TERENGGANU BERJAYA TEMUI DUA PEMAIN IMPORT


Naib juara Piala Malaysia, Terengganu telah menemui dua pemain import yang diharapkan dapat membantu pasukan itu dalam Liga Malaysia tahun depan, kata Pengurusnya Datuk Che Mat Jusoh.

Beliau berkata kedua-dua pemain import berkenaan ialah Jusio Nunis, 33, dari Brazil dan pernah bermain untuk pasukan KL Plus 2007-2008 serta pemain dari Nigeria, Sibi Gwar, yang berusia 24 tahun.

"Setelah menguji 17 pemain dari beberapa buah negara sejak sebulan lalu, akhirnya kita membuat keputusan mengambil kedua-dua pemain ini," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

Menurut Che Mat keputusan itu dibuat bersama jurulatih Mat Zan Mat Aris yang akan membimbing pasukan Terengganu tahun depan.

Nunis merupakan pemain tengah yang berpengalaman dan pernah mewakili pasukan kelab Arasa FC Brazil manakala Gwar merupakan bekas pemain penyerang pasukan remaja Nigeria.

Katanya kelab terakhir Gwar sebelum datang ke Terengganu ialah Tournadous FC Negeria.

Che Mat, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), berharap kedua-dua pemain import itu dapat membantu Terengganu dalam pertandingan Piala FC pada Mac tahun depan.

Beliau berkata pemain import berkenaan akan menandatangani kontrak dengan Terengganu dari setahun ke setahun sekiranya prestasi mereka memberangsangkan.

Segala urusan perpindahan pemain itu akan diselesaikan dalam minggu ini sebelum mereka turun berlatih bersama pemain-pemain yang lain, katanya.

Mengenai Piala FC, Che Mat berkata Terengganu ditempatkan dalam kumpulan F bersama-sama pasukan Kitchee dari Hong Kong, Song Lam Nghe An (Vietnam) dan Tampines Rovers (Singapura).

Che Mat berkata ini merupakan kali pertama dalam sejarah bola sepak Terengganu pasukan negeri itu berjaya memasuki pertandingan bola sepak antara kelab-kelab Asia itu.

"Sasaran kita ialah sekurang-kurangnya kita berjaya memasuki pertandingan pusingan kedua kejohanan timbal balik itu," katanya.

-- BERNAMA

Tuesday, December 6, 2011

SKUAD TERENGGANU RANCAK PILIH PEMAIN


Pasukan bola sepak Terengganu kini rancak membuat pemilihan pemain import bagi persediaan menghadapi kempen Liga Malaysia musim 2012.

Selepas menguji empat pemain dari benua Afrika semalam, dua pemain import dari Brazil pula diuji pasukan itu Selasa.

Pengurus pasukan Datuk Che Mat Jusoh berkata keputusan muktamad mengenai pemain import yang bakal beraksi dengan Terengganu akan ditentukan esok.

"Ini kerana pendaftaran pemain import akan ditutup Khamis ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Che Mat berkata pihaknya tiada masalah untuk membentuk pasukan kerana semua pemain tempatan sudah ada, antara yang akan beraksi dengan Terengganu ialah dua pemain Harimau Muda iaitu Mohd Muslim Ahmad dan Shukor Jusoh.

Beliau berkata Terengganu hanya akan mengambil dua pemain import iaitu penyerang dan pemain tengah untuk menghadapi Liga Malaysia musim depan.

-----------------------------------------------------------------

Pada pendapat aku pemain tempatan dari Terengganu telah membuktikan permainan yg cukup baik bagi musim lepas. Di tambah lagi dengan kehadiran defend terbaik negara Muslim Ahmad
skuad Penyu pasti akan lebih menyegat dan mantap.

LIVE STREAM FOOTBALL