Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Showing posts with label live kelantan vs persabaya fc. Show all posts
Showing posts with label live kelantan vs persabaya fc. Show all posts

Friday, December 23, 2011

KEPUTUSAN PENUH KELANTAN VS PERSABAYA 23 DEC 2011 PIALA UNITY


KEPUTUSAN PENUH KELANTAN VS PERSABAYA 23 DEC 2011 PIALA UNITY

Sebentar td baru berakhir perlawanan pertama antara kelantan dan Persabaya Fc dari Indonesia. Perlawanan berlangsung di Stadium Muhammad IV kota bahru. Indera Putra Mahyuddin membuka jaringan gol buat tuan rumah pada minit 62' apabila menyempurnakan hantaran melepasi penjaga gol persabaya. Pasukan tuan rumah kekurangan 1 org permain apabila sorang permain di kenakan kad merah apabila mengasari penyerang Persabaya. Persabaya terus melancarkan serangan ke kubu Kelantan, dan mendapat gol penyamaan dari kapten pasukan mereka andik vermansyah pada minit ke 85.

Perlawanan berkesudahan 1-1. Perlawanan kedua akan berlangsung pada 28 Disember 2011 di Surabaya Indonesia.

LIVE STREAMING KELANTAN VS PERSABAYA 23 DISEMBER 2011| SIARAN LANGSUNG KELANTAN VS PERSABAYA 23 DISEMBER 2011


LIVE STREAMING KELANTAN VS PERSABAYA 23 DISEMBER 2011| SIARAN LANGSUNG KELANTAN VS PERSABAYA 23 DISEMBER 2011

FULL TIME KELANTAN VS PERSABAYA 1-1

ASTRO ARENA SIAR PERLAWANAN KELANTAN FA VS PERSABAYA BAGI MEREBUT PIALA PERMAI.
Berita gembira kepada semua penyokong The Red Warriors luar negeri selepas pihak Astro bersetuju menyiarkan secara langsung perlawanan Kelab Antarabangsa Yayasan Persahabatan Malaysia Indonesia (Permai) di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, pihak Astro secara rasminya telah menyatakan persetujuan untuk menyiarkan perlawanan tersebut secara langsung di saluran mereka pada tarikh berkenaan.

Perlawanan yang akan menemukan juara Liga Super Malaysia 2011 melawan Persebaya yang beraksi Liga Prima Indonesia akan diadakan secara timbal balik dengan Kelantan menjadi tuan rumah pada perlawanan pertama. Pertemuan awal diadakan di Kota Bharu pada 23 Disember bermula jam 8.45 malam manakala timbal balik diadakan di Surabaya, lima hari selepas itu. Kejohanan ini merupakan anjuran bersama Liga Prima Indonesia dengan Malaysia Super League (MSL) serta dipersetujui Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). -RedsfcNews-

Friday, December 9, 2011

PERSABAYA FC UJI KEUPAYAAN KELANTAN


JUARA Liga Super musim ini, Kelantan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Prima Indonesia, Persebaya FC, bagi merebut trofi Yayasan Persahabatan Malaysia-Indonesia (Permai) di Kota Baharu, Kelantan, pada 23 Disember ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) merangkap Setiausaha Agung Permai, Tan Sri Annuar Musa (gambar) berkata, perlawanan itu yang diadakan secara timbal balik akan diadakan di Surabaya, Indonesia pada 28 Disember pula.


“Berikutan itu, perlawanan (persahabatan) antara The Red Warriors menentang Kuala Lumpur akan diubah ke 25 Disember,” katanya.

Perlawanan itu adalah persediaan awal skuad Kijang untuk menghadapi saingan Liga Super musim depan termasuk perlawanan merebut Piala Sumbangsih menentang juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV pada 7 Januari.


Annuar berkata, perlawanan itu anjuran bersama Liga Prima Indonesia dan Malaysia Super League (MSL) serta dipersetujui Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


“Perlawanan itu akan disiarkan stesen televisyen di Indonesia manakala Permai akan berunding dengan stesen televisyen berbayar, Astro untuk disiarkan di Malaysia,” katanya.

LIVE STREAM FOOTBALL