Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Showing posts with label FORMAT BARU LIGA SUPER 2012. Show all posts
Showing posts with label FORMAT BARU LIGA SUPER 2012. Show all posts

Friday, December 23, 2011

JADUAL PENUH PERLAWANAN LIGA SUPER 2012 | BULAN JANUARI 2012


Semua pasukan Liga Super 2012. Tertakluk kepada perubahan, pindaan dan
kemaskini terbaru dari FAM.

Jadual Perlawanan Liga Super 2012 Bulan Januari

10 Januari
1. Negeri Sembilan mln Selangor
2. Perak mln. Terengganu
3. Felda United mln. Sabah
4. Sarawak mln. Kuala Lumpur
5. T-Team mln. Kedah
6. Lions XII mln. Kelantan
7. PKNS mln. Johor FC

14 Januari
1. Selangor mln. Perak
2. Kelantan mln. PKNS
3. Kedah mln. Lions XII
4. Kuala Lumpur mln. T-Team
5. Sabah mln. Sarawak
6. Terengganu mln. Felda United
7. Johor FC mln. Negeri Sembilan

17 Januari
1. Perak mln. Negeri Sembilan
2. Felda United mln. Selangor
3. Sarawak mln. Terengganu
4. T-Team mln. Sabah
5. Lions XII mln. Kuala Lumpur
6. PKNS mln. Kedah
7. Kelantan mln. Johor FC

21 Januari
1. Selangor mln. Sarawak
2. Negeri Sembilan mln. Felda United
3. Kedah mln. Kelantan
4. Kuala Lumpur mln. PKNS
5. Sabah mln. Lions XII
6. Terengganu mln. T-Team
7. Johor FC mln. Perak

28 Januari
1. Felda United mln. Perak
2. Sarawak mln. Negeri Sembilan
3. T-Team mln. Selangor
4. Lions XII mln. Terengganu
5. PKNS mln. Sabah
6. Kelantan mln. Kuala Lumpur
7. Kedah mln. Johor FC

Friday, December 16, 2011

FORMAT BARU LIGA SUPER 2012 | SINGAPURA DI KECUALIKAN PENYINGKIRAN


SAINGAN Liga Super musim depan bukan hanya menjanjikan saingan sengit merebut mahkota kejuaraan yang menawarkan ganjaran lumayan malah lebih mendebarkan apabila semua pasukan terpaksa berkerja keras untuk kekal dalam kelompok liga elit itu berikutan format baru 2013 menyaksikan hanya 12 pasukan yang akan bertanding.

Malah tampak sukar buat pasukan tempatan apabila daripada 14 pasukan yang bertanding pada musim 2012, pasukan yang membuat penampilan pertama selepas 17 tahun menyepi, Singapura Lions XII dikecualikan daripada penyingkiran.

Dengan pasukan tercorot akan automatik tersingkir ke Liga Perdana, pasukan di tangga ke-10, 11 dan 12 akan bermain dalam perlawanan play off bersama pasukan di tangga kedua Liga Perdana untuk mencari tempat dalam Liga Super.

Sementara satu lagi slot Liga Super kekal menjadi milik juara Liga Perdana.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, keputusan untuk memberikan imuniti kepada Lions XII sememangnya sudah digariskan dalam perjanjian antara FAM dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) serta turut dipersetujui oleh semua pasukan.

Beliau berkata, format baru itu akan berkuat kuasa pada musim 2013-2016 dan sebarang perubahan bergantung kepada penilaian selepas itu.

“Pada awalnya FAM mahu menggunakan format baru ini bagi musim 2012 namun terpaksa ditangguhkan memandangkan semua pasukan hanya dimaklumkan selepas mesyuarat Exco pertengahan tahun ini. Semua pasukan sudah bersetuju termasuk juga pengecualian Lions XII daripada penyingkiran tahun depan.

“Keputusan untuk mengurangkan pasukan Liga Super dibuat atas dasar mahu memastikan hanya pasukan yang berkualiti dan mantap termasuk dari segi pengurusan yang layak beraksi,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas tamat taklimat Liga Malaysia 2012 selama tiga hari bermula Selasa lalu.

Bagaimanapun isu pengecualian penyingkiran Harimau Muda A dalam Liga-S pula tidak timbul memandangkan liga negara jiran itu tidak menggunakan sistem penyingkiran selepas tamat liga.

“Tidak ada sistem penyingkiran dalam Liga Singapura, jadi ia tidak memberi kesan kepada kelab-kelab lain jika Harimau Muda A dikecualikan daripada penyingkiran,” kata Setiausaha Agung FAS, Winston Lee.

FAM juga membuat rombakan terhadap Piala Malaysia apabila membenarkan sebanyak 24 pasukan untuk bertanding pada 2013 berbanding hanya 16 pasukan ketika ini. Ia akan membabitkan penyertaan 12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Perdana sedangkan sebelum ini hanya 12 pasukan Liga Super dan empat pasukan Liga Perdana.

LIVE STREAM FOOTBALL