Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Tuesday, March 13, 2012

MENJELANG PERTEMUAN MALAYSIA VS SYRIA PADA 14 MAC 2012


MENJELANG PERTEMUAN MALAYSIA VS SYRIA PADA 14 MAC 2012

APA jua keputusan ketika berdepan Syria pada aksi penutup tirai Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Raja Abdullah, Jordan malam esok tidak lagi mampu menghidupkan semula sisa-sisa peluang skuad Olimpik negara untuk menjejakkan kaki di bumi London.

'Pintu' Olimpik jelas tertutup rapat buat skuad negara selepas terperosok ke tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata, namun ia bukan alasan bagi anak-anak buah Ong Kim Swee untuk sekurang-kurangnya menjadi 'budak pengacau' bagi mengekang impian Syria untuk mara lebih jauh.

Dendam tewas 0-2 kepada skuad kendalian Immad Khankan di Stadium Nasional, Bukit Jalil sejurus selepas mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta, Indonesia, November tahun lepas juga pastinya berbekas di hati pemain muda negara.

Pada masa sama, Kim Swee pastinya lebih bijak dan sekadar menurunkan skuad 'eksperimen' semata-mata di Jordan malam esok ekoran aksi menentang kelab Albirex Niigata pada saingan Liga Singapura (Liga- S), Ahad ini dilihat jauh lebih penting, terutamanya selepas berjaya mengutip enam mata maksimum hasil dua kemenangan ke atas Gombak United dan Tanjung Pagar United sebelum ini.

"Kami hanya mempunyai masa selama tiga hari sebelum menentang Albirex (selepas menentang Syria), jadi sudah tentu masalah kecederaan dan kecergasan pemain akan menimpa pasukan.

No comments:

LIVE STREAM FOOTBALL