Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Wednesday, February 1, 2012

SAFEE SALI SAH SAMBUNG KONTRAK BERSAMA PELITA JAYA




SAFEE SALI SAH SAMBUNG KONTRAK BERSAMA PELITA JAYA | SAFEE SALI KEKAL DI PELITA JAYA | SAFEE PELITA JAYA

Safee Sali memilih untuk kekal bersama kelab Pelita Jaya, pemain berkenaan bakal menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan.

Tawaran gaji lumayan itu merangkumi faedah-faedah lain seperti kenderaan, pemandu peribadi serta penginapan yang diterima Safee.

Spekulasi mengenai mengenai ganjaran berkenaan serta persetujuan pemain berusia 27 tahun itu untuk terus bersama Pelita Jaya bagi tempoh dua tahun akan datang dilaporkan oleh akhbar tempatan, Warta Kota.

Atas kertas, kontrak Safee selama setahun dengan kelab Pelita Jaya berakhir semalam (31 Januari).

Menjawab spekulasi itu, pengurus Safee, Zakaria Rahim berkata, segala tanda tanya mengenai kedudukan penyerang sensasi negara akan diumumkan kepada media hari ini.

Menurut Zakaria, persoalan mengenai sama ada Safee berminat menyambung kontrak dengan Pelita Jaya serta tawaran lumayan itu akan dijelaskan pada sidang media itu.

Beliau bagaimanapun, tidak menafikan atau mengiakan bahawa jumlah gaji lumayan itu telah ditawarkan oleh Pelita Jaya buat Safee.

"Saya serahkan kepada media untuk membuat spekulasi Safee bakal dibayar Rupiah 350 juta jika bersama Pelita Jaya.

"Kalau sekalipun dibayar dengan gaji sedemikian, saya fikir itu merupakan satu penghormatan buat Safee kerana ia seiring dengan kualiti beliau sebagai pemain bola sepak asing di Indonesia," kata Zakaria kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, semalam.

2 comments:

بالات said...

memang kaya raya bersama pelita jaa ss ni.

Admin said...

kalo aku pun x nk balik camni..rezeki jgn ditolak

LIVE STREAM FOOTBALL