Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Wednesday, February 29, 2012

PETER BUTLER TAMAT KONTRAK BERSAMA KELANTAN


PETER BUTLER TAMAT KONTRAK JURULATIH BERSAMA KELANTAN | KEMELUT PETER BUTLER DAN KAFA

KEMELUT yang mencengkam hubungan antara Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan ketua jurulatih Kelantan, Peter James Butler akhirnya terlerai.

Hasil satu pertemuan selama satu jam di Wisma KAFA, Kota Bharu pagi semalam, KAFA membuat keputusan untuk melepaskan pengendali dari Halifax, England itu selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.

Menurut Timbalan Presiden KAFA, Datuk Affendi Hamzah, beliau berbesar hati kerana Butler sudi meluangkan masa untuk hadir dan bertemu pihak pengurusan bagi menjernihkan segala kekeruhan yang melanda dalam skuad The Red Warriors sebelum ini.

“Hasil perbincangan, kedua-dua pihak, KAFA dan Butler, secara persetujuan bersama, kontrak jurulatih berkenaan ditamatkan berkuatkuasa hari ini (semalam).

“Jadi, ikatan kita telah terlerai dan kita telah tiada sebarang ikatan. Butler juga telah berpuas hati dengan apa yang dibincangkan. Ini adalah keputusan yang terbaik untuk kedua-dua pihak,” kata Affendi ketika ditemui semalam.

Affendi berkata, selepas kehilangan individu paling penting dalam pasukan, beliau percaya pengganti Butler akan diumumkan sedikit masa lagi oleh pihak pengurusan bagi mengelakkan persiapan The Red Warriors terjejas.

Katanya, berdasarkan peraturan, KAFA perlu mendapatkan pengganti, namun buat masa ini pihaknya tidak boleh membuat sebarang pengumuman dan segalanya diserahkan kepada Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

“Kita sedar beberapa nama yang dikaitkan, antaranya Bojan (Hodak), Datuk M. Karathu dan Reduan Abdullah selain kita juga menerima beberapa permohonan untuk menjadi jurulatih Kelantan.

“Buat masa ini, kita ada penolong jurulatih, Zahasmi (Ismail) dan Sidek Samsuddin dan juga pada masa yang sama, kita telah melantik Ketua Pegawai Eksekutif Army (Bojan) yang baharu dan kita minta ketiga-tiga mereka untuk meneruskan program dan persiapan pasukan,” ujarnya.

Sementara itu, Butler berkata, beliau berpuas hati dengan pertemuan yang diadakan selain penamatan kontraknya dilakukan secara persetujuan bersama.

“Ia suatu yang baik. Saya datang ke sini melalui pintu hadapan, sudah tentu saya juga mahu keluar melalui pintu hadapan. Saya tidak mahu ada perasaan yang tidak baik, ia merosakkan.

“Saya sedih, tetapi semua yang ada di sini adalah yang terbaik. Apa yang penting kita semua berpuas hati selepas situasi ini dapat diselesaikan. Ia memori yang cukup indah buat saya di sini.

“Saya harap Kelantan akan sentiasa cemerlang dan menjadi sebuah pasukan yang kuat dengan jurulatih baharu. Saya tak tahu sama ada penyokong Kelantan suka atau tidak dengan saya, tetapi saya sentiasa bersahabat dengan mereka,” jelasnya.

Sebagai rekod, Butler pernah mengendali Kelantan pada 2009 sebelum beliau meninggalkan The Red Warriors sebelum bermulanya kempen Piala Malaysia musim tersebut.

Butler dikatakan membawa diri ke Myanmar dengan menjadi pengarah kejurulatihan kelab Yangon United.

Awal musim ini, Butler kembali dilantik sebagai ketua jurulatih Kelantan bagi menggantikan tempat Karathu.

No comments:

LIVE STREAM FOOTBALL