Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Wednesday, February 29, 2012

NAMA ANAK PEREMPUAN MAWI DAN EKIN - CAHAYA MALAIKA


NAMA ANAK PEREMPUAN MAWI DAN EKIN - CAHAYA MALAIKA

Cahaya Malaika’, itulah nama yang diberikan oleh Mawi dan Ekin kepada puteri sulung mereka. Menurut Mawi yang dihubungi sebentar tadi, nama itu membawa makna ‘Cahaya Permaisuriku’ dan ia merupakan pilihannya dan Ekin.

“Nama itu kami berdua yang pilih. Selepas dapat tahu Ekin hamil anak perempuan, kami mula mencari nama yang sesuai. Lama juga hendak buat keputusan, tapi selepas anak saya selamat dilahirkan semalam, saya dan Ekin setuju gunakan nama ‘Cahaya Malaika’ itu,” ulas Mawi.

Sementara itu, Mawi juga diminta mengulas pendiriannya yang tidak mahu berkongsi gambar anaknya kepada pihak media. Jelas bintang Akademi Fantasia ini, ketika ini dia tidak selesa untuk menunjukkan wajah puterinya itu kepada umum.

“Saya tahu ramai peminat yang ingin lihat anak saya, tapi tunggulah dahulu. Buat masa ini saya dan Ekin tidak selesa hendak berkongsi. wajah Bukan hendak sembunyikan selama-lamanya, tapi saya menunggu waktu yang sesuai. Mungkin saya benarkan pihak media rakamkan gambar anak ketika saya buat kenduri kesyukuran nanti,” tambah Mawi yang merancang untuk mengadakan kenduri kesyukuran dalam waktu terdekat ini.

Menyentuh tentang perkembangan terbaru kariernya, dalam sedikit masa lagi Mawi akan melancarkan single terbaru berjudul ‘Termolek’. Single gubahan Datuk M.Nasir dan liriknya ditulis oleh Ad Samad ini berkonsepkan irama pop dan Mawi kini dalam perancangan untuk menjalani penggambaran muzik videonya.

“Dalam seminggu dua ini memang saya luangkan masa untuk menjaga Ekin dan bayi kami. Namun bermula 10 Mac depan saya sudah mula sibuk dengan beberapa aktiviti seperti jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan juga persembahan pentas,” ujar Mawi mengakhiri perbualan.

Sumber : Mummynemo.com

1 comment:

liana said...

jom follow cni lak..

LIVE STREAM FOOTBALL