Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Tuesday, January 17, 2012

SAFEE SALI DI INTAI KELAB EROPAH GALATASARAY , PSG DAN PANATHINAIKOS ?

SAFEE SALI DI INTAI KELAB EROPAH GALATASARAY , PSG DAN PANATHINAIKOS ?

TEKA-TEKI mengenai masa depan peledak berbisa Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bersama kelabnya, Pelita Jaya hanya akan diketahui selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

Pengurus peribadinya, Zakaria Ab. Rahim memberitahu, setakat ini masih belum ada kata putus mengenai lanjutan kontrak Safee bersama Pelita Jaya sebaik kontraknya tamat pada 31 Januari ini.

“Kita tunggu penghujung bulan ini. Saya akan ke sana (Indonesia) sekali lagi bagi mengadakan perbincangan lanjut bersama Pelita Jaya berhubung kontrak Safee selepas perbincangan sebelum ini masih belum menemui jalan penyelesaian,” katanya ringkas kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan hasrat Pelita Jaya yang mahu menawarkan kontrak lanjutan selama tiga tahun bagi terus mendapatkan khidmat Safee selepas ini.

Ia begitupun kurang dipersetujui kapten Pelita Jaya itu atas alasan ‘terlalu lama’ yang dikhuatiri bakal membuatkan persembahannya kekal statik tanpa sebarang peningkatan.

Selain turut diintai juara Liga Thailand 2010, Muang Thong United, Safee menerusi laporan akhbar semalam juga mengakui telah dilamar oleh tiga kelab ternama Eropah.

Safee begitupun enggan mendedahkan nama ketiga- tiga kelab tersebut atas alasan ia sekadar tawaran secara lisan dan masih belum ada sebarang persembahan rasmi dibuat setakat ini.

Difahamkan, ketiga-tiga kelab yang dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Safee ialah kelab dari Turki, Galatasaray, Panathinaikos FC (Greece) dan juga kelab Perancis, Paris Saint Germain yang baru sahaja mendapat sentuhan bekas pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti baru-baru ini.

Zakaria begitupun enggan mengesahkan spekulasi tersebut yang ketika ini begitu rancak diperkatakan oleh peminat bola sepak tempatan di laman blog dan juga Facebook.

“No comment, masih terlalu awal untuk mengumumkan nama ketiga-tiga kelab tersebut. Buat masa ini, Safee masih pemain Pelita Jaya,” katanya ringkas.

No comments:

LIVE STREAM FOOTBALL