Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Saturday, January 28, 2012

KELANTAN VS KUALA LUMPUR 28 JANUARI 2012 | KEPUTUSAN TERKINI KELANTAN VS KUALA LUMPUR 28/1/2012


KELANTAN VS KUALA LUMPUR 28 JANUARI 2012 | KEPUTUSAN TERKINI KELANTAN VS KUALA LUMPUR 28/1/2012 |

KETUA jurulatih Kelantan, Peter James Butler tidak mahu keciciran mata ketika melayan pasukan Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Jurulatih berusia 46 tahun dari England itu tidak mahu anak buahnya mempersia-siakan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi memburu tiga mata sekali gus mengukuhkan cengkaman takhta Liga Super.


Butler turut yakin ‘ayam tambatan’ Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo mampu meneruskan aksi cemerlang untuk meledak jaringan.

Tanpa meragui kemampuan kesebelasan utama yang bakal diturunkan malam ini, Butler optimis anak buahnya mampu mengulangi kejayaan mengalahkan Johor FC dan Kedah sebelum ini.


“Saya tahu Mat Yo bagus dan selalu kerja keras, malah setakat ini dia penyerang terbaik Kelantan dan saya harap dia boleh menjaringkan gol malam esok (ini).


“Kami mempunyai rehat mencukupi, malah mempunyai kelebihan bermain di laman sendiri dan berharap pemain mempamerkan aksi terbaik mengutip tiga mata bagi mengukuhkan kedudukan selesa carta liga,” katanya.


KELANTAN 3 - 0 KUALA LUMPUR

8.45mlm

No comments:

LIVE STREAM FOOTBALL