Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Friday, January 27, 2012

ISU TIDAK HADIR LATIHAN PENJAGA GOL NEGARA KHAIRUL FAHMI CHE MAT| APEK BERI PENJELASAN



ISU TIDAK HADIR LATIHAN PENJAGA GOL NEGARA KHAIRUL FAHMI CHE MAT | APEK BERI PENJELASAN

Penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menafikan spekulasi dirinya tiada komitmen untuk bermain bersama skuad negara setelah gagal melaporkan diri pada sesi latihan pertama skuad Olimpik yang bermula semalam.

Ketiadaan kelibat pemain yang digelar 'Apek' oleh rakan sepasukan kerana tidak memaklumkan punca tidak hadir kepada ketua jurulatih, Ong Kim Swee menjadi tanda tanya di kalangan peminat bola sepak tanah air.

"Semua ini hanya salah faham komunikasi antara saya dengan pihak pengurusan (Kelantan). Namun yang pasti hari ini, saya turun berlatih bersama rakan-rakan bagi persiapan pasukan negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat sesi latihan hari kedua di Wisma FAM di sini petang Khamis.

Skuad Olimpik negara akan menentang Bahrain pada aksi keempat Kumpulan C kelayakan Zon Asia di Stadium Nasional, Manama, 5 Feb ini.

Sesi latihan skuad Olimpik ini melibatkan 25 pelatih yang dikendalikan oleh Kim Swee sebelum berlepas ke negara Teluk itu pada 1 Feb ini.

Beliau berkata situasi tersebut mungkin berpunca dari laporan yang beliau sendiri kurang faham semasa menerima surat tersebut kerana beliau juga telah mendapat surat pelepasan pulang selang beberapa hari kemudian untuk beraksi bersama Kelantan dalam Liga Super nanti.

Khairul Fahmi, 23, berkata isu tersebut dianggap selesai dan jurulatih Kim Swee juga telah dimaklumkan situasi sebenar yang berlaku.

"Saya terikat dengan kontrak bersama Kelantan dan saya juga ada tanggungjawab menggalas tugas mewakili negara... dan sudah tentunya saya menganggap komitmen bermain untuk negara adalah lagi besar.

"Esok saya akan pulang semula ke Kota Baharu sekejap bagi persiapan menghadapi Kuala Lumpur," katanya.

Kelantan akan bertemu pasukan tercorot Liga Super, Kuala Lumpur, Sabtu ini di laman sendiri bagi memperkukuhkan cengkaman di persada liga.



3 comments:

Aida Omar said...

ada2 je.. huhu.

hamzah ian said...

asalkan main bagus

gnesop.com said...

jgn sampai jatuh dah prestasi

LIVE STREAM FOOTBALL