
KELIBAT bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menenggelamkan ayam tambatan Negeri Sembilan, Jean Emmanuel Effa Owona apabila membantu Perak mencatatkan kemenangan 2-1 di laman sendiri, malam tadi.
Ia sekali gus membuktikan ketajaman pemain tempatan turut tidak boleh diperkecilkan walaupun dengan kehadiran pemain import dalam kancah Liga Super musim ini.
  Effa Owona bagaimanapun terlebih  dulu membuktikan ketajamannya apabila melakukan rembatan kencang  menerusi sepakan percuma seawal minit kelima permainan untuk menewaskan  Mohd Nasril Nourdin di gawang Perak.
Malah skuad kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah yang menguasai babak pertama dihidangkan beberapa peluang untuk menggandakan jaringan terutamanya menerusi Ahmad Shakir Ali, namun gagal.
  Perak  sebaliknya bangkit mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-39 menerusi  sepakan gunting Akmal Rizal yang hadir sebagai pemain gantian.
   Kehadiran pemain yang mendapat pendedahan di luar negara itu yang  masuk menggantikan Mohd Failee Ghazali pada minit ke-35 kerana  kecederaan terus memberi kesan apabila sekali lagi menjaringkan gol  menerusi rembatan dalam kotak penalti pada minit ke-50.
Jaringan terbabit menyebabkan juara Piala Sultan Ahmad Shah itu tersentak dan cuba melancarkan serangan ke kubu lawan untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata serta mengekalkan rekod tanpa kalah namun menemui kegagalan.
sumber :hmetro 
 
 
2 comments:
akmal adalah salah seorang striker terbaik yang Malaysia ada..
siot ar negeri kalah malam tadi hehe
kejor yob kejor..
Post a Comment