Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Tuesday, December 27, 2011

SELANGOR SEDIA TERIMA SAFEE SALI


"Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan." Demikian respons Selangor andai penyerang sensasi Harimau Malaya itu mahu kembali semula ke pangkuan Gergasi Merah bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Masa depan penyerang kelab Pelita Jaya itu kini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pemerhati bola sepak tempatan, lantaran dikhabarkan tidak dibenarkan mewakili skuad kebangsaan jika benar saingan Liga Super Indonesia (ISL) diharamkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Selain dikatakan bakal berpatah balik ke Liga-M, Safee juga dikaitkan dengan penghijrahan ke Liga Belgium dan Liga Australia bagi menyelamatkan kariernya sekiranya isu tersebut gagal diselesaikan oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dalam tempoh terdekat.

Pengendali baharu Selangor, Irfan Bakti Abu Salim memberitahu, sebagai jurulatih, beliau sentiasa mengagumi kelebihan yang dimiliki Safee terutamanya ketajaman penyudah penyerang kelahiran Kajang itu dalam merobek gol lawan.

"Siapa yang tidak berkenan dengan Safee, dia memang seorang pemain yang hebat.

"Jika dia mahu kembali beraksi bersama Selangor, sudah tentu saya merupakan individu yang paling gembira menantikan kepulangannya," katanya kepada Kosmo! semalam.

sumber : kosmo

No comments:

LIVE STREAM FOOTBALL