Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Saturday, December 24, 2011

KENYATAAN PENGURUS SAFEE SALI MENGENAI ISU LIGA ISL


Kenyataan yang dikeluar kan di Fan Page Safee Sali oleh pengurus beliau En Zakaria mengenai isu ISL.

Indonesia Super League (ISL) Tak Diharamkan lagi dan ISL bukan liga haram dan Safee bukan pemain liga haram. ISL adalah liga yang diputuskan untuk dijalankan oleh PSSI di Kongres Bali 2011 dan tiada keputusan dari mana2 kongres atau mesyuarat PSSI hingga hari ini yang mengatakan ISL tidak boleh dilaksanakan. Maka itu, ISL adalah liga sah PSSI dan FIFA minta PSSI selesaikan kekeliruan ini, bukan haramkan. Memang ada masalah di PSSI, tapi mereka sedang usahakan untuk diselesaikan secepat mungkin. Kerja Safee main bola ikut kontrak, bukan selesaikan isu PSSI dan Safee tak boleh langkah keluar begitu sahaja. Sama2 kita doakan semuanya berjalan lancar dan selamat, bukan doa yg sebaliknya.
Kami telahpun berbincang dgn pengurusan PJFC dan sepakat, jalan terakhir jika kemelut dengan PSSI ini menjadi semakin buruk, maka Safee akan di serapkan ke kelab-kelab milik PT Nirwana Pelita di luar negara, samada ke Brisbane atau Vise di Belgium. Tapi ini adalah langkah paling akhir atau jika Pelita Jaya tiada sebarang pertandingan bagi tempuh yang panjang. Namun, setelah melihat segala perkembangan di Indonesia, harapan untuk melihat Safee terus di Pelita Jaya sangat besar dan positif dan Safee turut berharap dapat menyelesaikan tugasnya selaku kapten Pelita Jaya bagi musim 2011/12. PSSI akan laksanakan Kongres Luarbiasa bagi memperbaiki kemelut ini dan ini sejajar dengan saranan FIFA. FIFA belum lagi haramkan PSSI dan ini yang seharusnya di khuatirkan...pengharaman PSSI oleh FIFA. JIka PSSI haram, maka tak kira apa liga pun termasuk Timnas Indonesia diharamkan.
Diharap semua peminat dan penyokong Safee berpuas hati dgn kenyataan dr En. Zakaria..buat makluman semua..Safee sekarang berada di KL untuk beberapa urusan..satu sidang media berkenaan kekalutan ini akan diadakan pada tghari isnin nanti..InsyaAllah..sebelum itu pd sebelah pagi safee akan bersama MHI dan sebelah petang pula di SinarFM..safee akan pulang ke jakarta pd sebelah malamnya pula..untuk update terkini sila teruskan bersama kami..mengenai berita2 di surat khabar utama mengenai pengharaman tersebut.


Di harap dengan kenyataan ini dapat meredakan keresahan peminat-peminat Safee Sali terutamanya peminat bola sepak Kebangsaan, kerana tidak mahu penyerang harapan negara ini digugurkan gara-gara pengharaman Liga Super League Indonesia oleh FIFA.

sumber : SafeeSali_10Offical

1 comment:

Phat said...

rugi la kalo safee x leh main malaysia

LIVE STREAM FOOTBALL