Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Friday, December 9, 2011

HARIMAU MUDA TERIMA GANJARAN RM 1 JUTA DARI TELEKOM

ADA ganjaran lebih menarik menyusul buat skuad bawah 23 tahun negara yang menjuarai pingat emas Sukan Sea Indonesia bulan lalu apabila mereka dijangka menerima insentif daripada Telekom Malaysia (TM).

Jika berpandukan kepada janji TM sebelum ini ketika majlis menandatangani perjanjian sebagai Rakan Rasmi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 8 Julai lalu, skuad muda negara kendalian Ong Kim Swee itu bakal menerima insentif RM1 juta.

Bagaimanapun selepas hampir sebulan ‘ibu emas’ dibawa pulang ke tanah air dari Jakarta, masih belum ada sebarang perkembangan mengenai habuan itu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, keputusan jumlah sebenar insentif itu mungkin akan diketahui selepas Jawatankuasa Kewangan FAM bermesyuarat esok.


“Telekom menjanjikan RM1 juta sebagai insentif untuk beberapa kejohanan dalam tempoh setahun dan selepas mesyuarat Sabtu ini (esok), baru kami bentangkan jumlah sebenar untuk skuad Sukan SEA,” kata Azzuddin.


Sementara itu, bagi Kim Swee, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak pengurusan dan menyifatkan sebarang sumbangan daripada pihak swasta bakal menaikkan lagi semangat pemain.

“Saya amat mengalu-alukan sebarang bentuk insentif kepada pasukan kerana ia boleh menjadi perangsang kepada pemain untuk lebih berusaha pada masa depan.


“Saya tidak fikir pemain akan lupa diri, sekurang-kurangnya ia boleh menarik minat mereka untuk terus kekal bersama pasukan walaupun mereka kini mula dipancing persatuan negeri atau kelab dengan tawaran gaji lumayan,” katanya. Sebelum ini, semua pemain dan pegawai skuad Sukan Sea negara menerima ganjaran RM30,000 setiap seorang daripada Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah atas kejayaan mereka mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos 2009.

Sementara itu, Kim Swee semalam mengumumkan senarai 23 pemain yang akan menyertai skuad Olimpik negara bagi siri latihan dan perlawanan persahabatan di Sydney menentang kelab Liga Australia, Sydney FC pada 13 Disember, Central Coast Mariners (15 Disember) dan Newcastle United Jets (19 Disember).

3 comments:

Syuxer said...

pada pendapat aku, usah dimanjakan sangat dengan ganjaran2 yang mewah..gunakan wang yang ada untuk bangunkan pembangunan bola sepak dari akar umbi

mankete said...

syuk - terbaik bro

remyhazza said...

untung pemain kita.....
moga jgn alpa dgn kemewahan sudah.....

LIVE STREAM FOOTBALL