Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Thursday, December 29, 2011

FINAL PIALA EMAS RAJA-RAJA 2011 30 DISEMBER 2011 | FINAL MELAKA VS PAHANG

FINAL PIALA EMAS RAJA-RAJA 2011 30 DISEMBER 2011 | FINAL MELAKA VS PAHANG 30 DIS 2011

FINAL Piala Emas Raja-Raja bakal menemukan Melaka dengan Pahang selepas kedua-dua pasukan melepasi ranjau separuh akhir, malam kelmarin.

Melaka mengatasi kemarau 16 tahun gagal ke final kejohanan itu selepas menewaskan Kedah 3-2 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam kelmarin.

Kehausan gelaran juara nyata membulatkan tekad pemain mencipta kemenangan paling bergaya selepas menang 1-0 pada saingan pertama di Stadium Darulaman minggu lalu untuk agregat 4-2.

Kedah mendahului seawal minit ketiga menerusi Mohd Aminudin Azmi namun seminit selepas itu, kapten Melaka, Mohd Fauzi Abd Kadar menyamakan kedudukan 1-1.

Namun Faizal Abu Bakar meletakkan Kedah di depan pada m-22 untuk mendahului 2-1 sebaik babak pertama berakhir. Melaka yang enggan mengaku kalah mengikat kedudukan 2-2 pada m-52 menerusi Nazmil Hisham sebelum gol kemenangan dijelmakan Mohd Fauzi m-73.

Sementara itu, impian bekas juara 2009, Perlis untuk melangkah ke final berkubur apabila tumpas kepada Pahang, 1-2 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Utama Negeri Kangar.

Berikutan keputusan itu, Pahang mara ke final dengan agregat 3-2 selepas mengikat Perlis, 1-1 pada aksi pertama, Sabtu lalu.

Dalam perlawanan itu, pasukan pelawat menghasilkan gol pertama menerusi Mohamad Syawal Norsham pada minit ke-63 sebelum Perlis menyamakan kedudukan menerusi Wan Khairul Faiz Wan Kamaruddin m-69.

Impian Perlis musnah apabila Pahang memanfaatkan sepakan percuma Mohd Hafiz Kamal untuk membawa pasukan itu beraksi di pentas akhir buat kali pertama.

sumber : hmetro

No comments:

LIVE STREAM FOOTBALL