Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Saturday, December 10, 2011

DOWNLOAD BORANG BANTUAN RM500 LHDN | DOWNLOAD BORANG BR1M



DOWNLOAD BORANG BANTUAN RM500 LHDN | DOWNLOAD BORANG BR1M, Borang Bantuan RM 500.00 sudah boleh didapati di Pusat Khidmat atau Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Kepada mereka yang layak dan memenuhi syarat bolehlah mendapatkan borang tersebut atau terus download borang berkenaan daripada link yang disediakan di bawah.



DOWNLOAD BORANG BANTUAN RM500 - LAMPIRAN 2



Cara Memohon

1. Sila kemukakan salinan seperti-

  • Mykad / Kad Polis/ Kad Tentera
  • Penyata/ Slip Gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja
  • Borang Pendaftaran BR1M
2. Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.

3. Borang Permohonan boleh didapati secara percuma mulai 10 Disember 2011 di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM), serta agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dan lain-lain

4. Borang tersebut juga boleh dimuat turun secara percuma dalam laman web kementerian kewangan iaiatu www.treasury.com.my mulai esok.

5. Semua ruangan yang berkaitan dalam borang tersebut perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat tersebut harus ditulis dalam Bahasa Malaysia.


Syarat Permohonan
  • Warganegara Malaysia
  • Berkahwin
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 3000 ke bawah.
  • Warga Emas yang berumur 60 tahun ke atas yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 3000 ke bawah
Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)

Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)

Emel : belanjawan2012@treasury.gov.my

Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)

Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)

Sumber : SYUXER DAN HARAZDANI

1 comment:

LIVE STREAM FOOTBALL