Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Wednesday, December 7, 2011

ATM IKAT 5 PEMAIN BARU



TENTERA berjaya mengikat sekurang-kurangnya lima pemain yang membantu Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2011 menyertai pasukan dalam bola sepak Liga Perdana musim 2012.

Mereka ialah pemain adik beradik, Zaquan Adha Razak dan Aidil Zafuan Razak, Irwan Fadzli Idrus, Hairudin Omar dan Farizal Harun. Jurulatih pasukan, B Sathianatahn berkata, mereka antara 15 pemain import tempatan daripada 30 pemain yang disenaraikan oleh pasukan menjelang tarikh penutup pendaftaran esok.


Selebihnya ialah pemain dari pelbagai negeri melainkan Kelantan sebagai memenuhi janjinya tidak memancing pemain negeri berkenaan yang pernah dibimbing dua musim lalu.

Selain pemain import tempatan, Tentera juga menggunakan khidmat 13 pemain dari kalangan anggota Tentera dan dua pemain import luar negara.


Pemain import luar negara datangnya dari Argentina dan Amerika Tengah untuk bermain di bahagian tengah dan serangan.


Pemain Argentina yang dimaksudkan ialah Juan Manuel Arostegui yang pernah membantu Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) muncul juara Piala Malaysia 2003. Sementara penyerang dari Amerika Tengah belum lagi dikenal pasti identiti sebenar.

1 comment:

Unknown said...

Selalu juga jumpa Hai-O di minimarket bawah ofis sy..dia malu2 bila sesekali jadi cashier..rasanya dia ada syer kat minimarket tu..hensem gak orgnya..:))mula2 memang tk kenal tp anak2 yg kenalkan dia pemain bolasepak NS.

LIVE STREAM FOOTBALL