Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Monday, December 12, 2011

ATM ADAKAN 4 PERLAWANAN PERSAHABATAN UNTUK MANTAPKAN PASUKAN

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggunakan empat perlawanan persahabatan sebagai platform untuk membentuk pasukan mantap menghadapi saingan Liga Malaysia bermula 10 Jan depan.

Pasukan itu akan berlepas ke Myanmar esok untuk perlawanan dengan tiga kelab negara itu pada 15, 18 dan 21 Dis ini sebelum kembali ke tanahair pada 28 Dis.


Aksi terakhir pasukan itu ialah pada 30 Dis menentang pasukan bawah 23 tahun Singapura, Lions XII, di lokasi yang masih belum ditentukan sama ada di Malaysia atau Singapura.

"Saya akan mengambil kira empat perlawanan persahabatan tersebut untuk mencari keserasian pasukan ini," kata Ketua Jurulatih ATM B Sathianathan kepada pemberita selepas sesi pengenalan pemain dan logo pasukan di sini Isnin.

Bekas pengendali skuad kebangsaan berusia 53 tahun itu berkata beliau tidak akan menggunakan khidmat dua pemain import iaitu Marlon Alex James dan Bruno Martelotto sehingga ke perlawanan ketiga kerana mereka baru tiba di negara ini tiga hari lepas.

Mengulas harapan tinggi yang diletakkan pengurusan pasukan untuk meraih sekurang-kurangnya satu piala musim depan, Sathinathan yang merupakan bekas jurulatih pasukan Kelantan itu berjanji mewujudkan keserasian bagi mempamerkan persembahan yang baik.

Pasukan itu yang menduduki tangga ke-7 dalam saingan Liga Perdana musim depan akan menggunakan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai medan latihan selepas Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada musim lalu.

-- BERNAMA

No comments:

LIVE STREAM FOOTBALL