Subscribe via email

Masukkan email anda untuk dapatkan update terkini dari kami:

Delivered by sukakereta

Sunday, August 28, 2011

Ramadhan yang di rindui. Adakah kan ku bertemu lagi.

Salam Ramadhan dan Salam Syawal pada sahabat2 semua. Tinggal beberapa hari je lagi ramadhan akan melabuh kan tirainya dan Syawal akan menjelang tiba. Ramai di kalangan kita yang telah pon berada di kampung halaman masing2, tak kurang yang membuat persiapan membeli baju baru, membuat kuih raya dan sebagainya. Aku tahun ni biasa2 ja, baju raya tahun lepas ada lagi ehehe tapi seluar jeans aku dah beli dua skali huhuhu..


Sedih jugak sebenarnya ramadhan dah nak berakhirkan. Rasa sekejap ja aku rasa.. tup tup dah puasa ke 28 dah hari ni.. ermm . Kalau org terdahulu sahabat2 Nabi saw, para tabiin, dan org2 soleh menangis sbb ramadhan berakhir. ni aku happy ja yer.. erm tepuk dada tanya iman.. byk kene perbaiki lagi ni.

Beruntunglah bg sahabat2 yang telah mengambil kesempatan di bulan ramadhan ini membuat ibadah dengan bersungguh-sungguh dengan terawaih setiap mlm, bertadarus quran , zikir dan memohon keampunan di atas dosa-dosanya. Begitu banyak sekali pahala yang Allah ganjarkan pada org yg beramal di bulan ramadhan sehingga amalan sunat di ganjarkan seperti pahala fardhu, dan fardhu di ganjarkan sbyk 70 kali ganda. hurm mana nak dapat pahala berganda mcm ni kan.

Nabi saw pernah bersabda : "Jika kamu ketahui fadhilat bulan ramadhan nescaya kamu akan berharap sepanjang tahun itu adalah ramadhan" Mudah2an Allah swt merahmati kita semua utk betul2 faham akan maksud hadis Nabi SAW ni.

Di kesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf pada sahabat2 semua.. jika ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan. Setiap org tu tak terlepas dr melakukan kesilapan, begitu jugak aku yang serba kekurangan ni. Dalam berblog ni mana la kita tahu pernah menyinggung perasaan orgkan.. melainkan org tu bg tahu la dia sakit hati kat kita ehehe.. Maafkan saya ya :)

Bagi yang akan bergerak ke kampung halaman aku doakan korang selamat sampai, sedih plak dgr saban tahun ada saja kemalangan yg meragut nyawa di kala syawal menjelang ni. Sekali lagi aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN .

6 comments:

ASSOYFINGER67 said...

Salam buat sahabat ku yang ku hormati;
Salam dan terimakasih atas mu yang sentiasa menyokong persahabatan kita...Tahniah atas ibadah puasa yang kau jalani dengan sebaiknya...Selamat menyambut idulfitri yang gembira dan meninggalkan Ramadan dengan sayu dan penuh bangga,,berhati2 bila pulang ke desa..harapan kita akan berhubong selepas raya dan agar tahun depan dapat kita melihat Ramadan sekali lagi..ampun maaf andai tututkata atau apa2 yang menyinggung sahabat selama kita berhubong...Selamat Hari Raya..Wassalam

mankete said...

assoy - wsalam bro assoy. sama2 dgn sokongan abg juga. semoga abg beroleh kemenangan yg besar di bulan ramadhan ni. Berhati2 bro diperjalanan semoga selamat sampai ke kg.

IeDa said...

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin..

mohdhazlan Dreadlock said...

RAYA SUDAH DATANG BRO ....


SLM LEBARAN .

Hans Hanis said...

selamat hari raya bro
maaf zahir batin kalau ada salah silap selama kita kenal dkt dunia maya nih
:-)

jehanfrhin said...

Semoga kita akan ditemukan lagi dalam ramadhan yg akan datang..

Selamat hari raya aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin ^_^

LIVE STREAM FOOTBALL