KUALA   LUMPUR - Kadar zakat fitrah pada sepanjang bulan Ramadan kali ini  untuk  hampir semua negeri di seluruh negara naik antara RM1 dan lebih  RM2  bagi setiap orang.

Kecuali   Selangor mengekalkan kadar lama RM5.20, negeri-negeri lain termasuk   jirannya Wilayah Persekutuan dinaikkan kepada RM5.20 daripada RM4.70   sebelum ini.
Terengganu  memperlihatkan pertambahan besar iaitu  pada kadar maksimum RM8 dan  minimum RM6 berbanding tahun lalu RM5.50  dan serendah RM4.80.
Ini  diikuti Sabah yang mengenakan kadar  bayaran sebanyak RM7.70 daripada  RM5.20 pada tahun sebelumnya  peningkatan RM2.50 manakala Kelantan  menetapkan RM7.60 berbanding  RM4.80 tahun lalu.
Sarawak  pula menyaksikan kenaikan kadar zakat  fitrah terbesar iaitu RM2.70  kepada RM7.50 disusuli Pahang yang  bertambah RM2.50 kepada kadar baru  iaitu RM7.30.
Tinjauan Kosmo! ke   atas beberapa pihak berkuasa agama negeri mendapati pertambahan itu   dipengaruhi kesan kenaikan harga beras yang menjadi pengukur penetapan   kadar semasa zakat fitrah pada tahun ini.

1 comment:
KL = rm 7.00 sahaja
Post a Comment